Tuesday 17 January 2012

Anas Budak Kampung Sebelah


Pada suatu hari yang cerah dan indah, 

seorang gadis yang tinggal di hujung kampung yakni anak kepada Haji Razif sedang berjalan-jalan di kawasan hutan…..gadis yang sungguh rupawan! Ayu! Malah sopan tingkah laku nya yang bernama Aina, telah membuat keputusan untuk mencari ketenangan di dalam hutan bagi meredakan rasa resah dan gelisah atas sebab paksaan keluarga yang ingin mengahwinkan si gadis bersama lelaki yang tak dikenali nya apa tah lagi dicintai nya……

Ketika berjalan-jalan di pinggir sungai, si gadis terserempak dengan jejaka kacak di seberang sungai, yang sedang memotong kayu dengan gagahnya…..jejaka itu hanya dikenali sebagai Iwan yang tinggal bersama ibu nya yang tua dan ayah yang kesakitan…..mereka hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tak kais tak makan….sungguh sadis kehidupan si jejaka….berbeza dengan kahidupan si gadis yang mana sentiasa dilimpahi dengan kemewahan…..tidak pernah satu hari pun dalam hidup nya dia merasakan kesusahan hidup….tiap-tiap hari si gadis akan disajikan dengan makanan yang mewah-mewah….oleh sebab keadaan keluarga yang sangat tinggi tarafnya…..jadi keluarga si gadis ingin mengahwinkan si gadis dengan jejaka di kampung sebelah yang bernama Anas…..

Si Ayah: ayah tidak kira…kakak kena juga berkahwin dengan Anas budak kampung sebelah…..keluarga nya sahaja yang layak dengan kita…..kita kena kekalkan status keluarga kita….! Jangan jadi anak derhaka kakak…! Perintah ayah wajib dipatuhi…!!

Si Gadis: tapi ini tidak adil…!!! Kenapa ayah yang kena tentukan siapa yang patut kakak berkahwin….kakak ada pilihan sendiri….!!

Si ayah: siapa???

Si gadis: (senyap)…….

Si ayah: kalau kau ada pilihan sendiri….bawa teruna tuh ke rumah sebelum malam purnama kelak….jika tidak….akan aku kahwinkan juga kau dengan Anas budak kampung sebelah….!!

Mendengarkan titah ayahanda si gadis khuatir….siapa yang patut si gadis bawa untuk bertemu dengan ayah nya? Diri nya sendiri tiada peluang untuk mengenali mana-mana teruna di kampung tersebut…..Oleh sebab kebuntuan yang menerjah ke dalam benak nya….. si gadis berjalan-jalan di hutan bagi mencari jawapan…..

Si jejaka yang terlihat si gadis berkeliaran tanpa arah di dalam hutan, menegur nya dari belakang…..si gadis tersentap lanteran  terdengar suara macho yang menegur nya…..

Si jejaka: apa yang cik wat kat  sini? Sini sangat bahaya….tidak manis rasanya seorang dara berjalan keseorangan di dalam hutan ini….

Si gadis: saya tidak tahu macam mana saya boleh sampai ke sini….saya hanya nak berjalan-jalan meredakan resah di hati…..

Si jejaka: setiap masalah pasti ada penyelesaiannya….

Si gadis: itu yang saya nantikan…..

Si jejaka dan si gadis duduk di atas bongkah batu yang besar berdekatan sungai yang sangat jernih, kelihatan ikan-ikan berenang-renang mengikut rentak alunan sungai tersebut…. Si gadis pun menceritakan perihal diri nya kepada si jejaka….masalah yang di hadapinya…siapa Anas….dan ketidak-mahu-an nya menikah dengan budak kampung sebelah…..dan pertelingkahan si gadis dengan si Ayah…..dan paling utama perjanjian yang di lakukan oleh si ayah dan si gadis…..siapa yang si gadis perlu bawa untuk berjumpa dengan si ayah……

Faham laaah jua si jejaka maksud tujuan si gadis di kawasan hutan itu…..apa sahaja yang boleh dilakukan oleh si jejaka ketika itu….hanya mampu mempamerkan rasa simpati…. Dan menenangkan hati si gadis yang gundah itu…..

Siang hampir melabuhkan tirai dan mengalu-alukan kedatangan malam bersama bintang…..pulang si gadis ke rumah hanya di sambut dengan pandangan dingin si ayah….si ibu hanya mampu berdiam diri….kata-kata si ayah tidak berani di ingkari nya…..andai itu yang dikehendaki si ayah….sepatutnya di lakukan….kalau tidak murka yang akan diterima…..sebagai anak…si gadis tidak berani untuk mengingkari kata-kata si ayah….tapi dalam isu rumah tangga kalau boleh biar laaa si gadis berkahwin dengan lelaki yang sekurang-kurang nya dia kenal….walaupun tidak mencintai si lelaki…..Siapa sahaja Anas budak Kampung sebelah….. mendengarkan nama nya sahaja dah terasa sangat menjengkelkan…..andai mahu selamat si gadis perlu segera mencari calon lelaki untuk dibawa berjumpa si ayah…..!! soalan yang muncul sekali lagi..tapi siapa???

Keesokan hari nya….pagi-pagi lagi si gadis keluar ke pekan untuk mencari bahan-bahan untuk di masak sebagai juadah tengah hari….ketika di pasar, si gadis di tegur oleh seseorang….suara nya pernah di dengari…..apabila si gadis toleh ke arah suara……

Si gadis: eeeh Fitri….lama tak nampak….bila balik?

Fitri: semalam baru sampai….aina sihat?

Si gadis: Alhamdulillah sihat….berapa lama cuti?

Fitri: entah laaaa…..habis dah kije nya kat Bandar….sekarang duk kampung laa plak….nak cari calon istri…..hehehe

Si gadis: ooowh bagus laaa….

Setelah berbual sekejap, si gadis pun meminta diri untuk pulang….dan mereka pun kembali ke haluan masing-masing…..dalam perjalanan ke rumah…. Si gadis teringat-ingat kata-kata Fitri “nak cari calon istri??” dalam perkiraan si gadis, “andai baru nak cari calon istri maksud nya line kosong…..jadi nya kalau fitri aku bawa pulang ke rumah berjumpa dengan ayah mau kah si fitri? Lagi pula Fitri jauh lebih baik dari Anas budak kampung sebelah yang entah siapa-siapa, sekurang-kurangnya aku kenal si fitri, lama juga aku berkawan dengannya, sejak sekolah menengah, fitri pun tak kurang kacak nya hahaha” sepanjang perjalanan ke rumah si gadis berangan-angan bagaimana perancangan yang akan dilakukan oleh si gadis bagi “melamar” Fitri.

 ********************

Fitri: aku ingat gadis di bandar sahaja yang terdesak nak berlaki….aku tak sangka di kampung pun begini juga….maaf laaa Aina aku tak dapat nak tolong kau….aku anggap kau sebagai kawan aku sahaja….aku ucapkan kau selamat Berjaya yaaa…

Waaaaah tak sangka si gadis begini rupanya rasa di tolak…. Mungkin perasaan yang sama juga akan dirasai Anas budak kampung sebelah….tapi dia peduli apa….hidup nya biar dia yang tentukan….walau jodoh di tangan Tuhan tapi biar laaa bakal suami nya nanti adalah manusia yang mampu membuatkan hati nya dibuai dengan asyiknya cinta…..yang penting sekali lelaki itu adalah pilihannya….
Sesudah di-reject oleh fitri…dengan hati yang sayu dan sedih…si gadis kembali berjalan-jalan di dalam hutan…mencari ketenangan dan rancangan baru….

Si jejaka: eeeh cik tempoh hari….masih rasa resah?

Si gadis: yaaa laaa….semalam dah kena reject ngan mamat satu sekolah dulu….macam mana nak wat nie….saya tak nak kawen ngan Anas budak kampung sebelah….

Si jejaka: kenapa tak nak kawen ngan Anas tuh? Buruk kah rupanya?

Tiada jawapan dari si gadis…..si gadis pun tidak pasti kenapa si gadis tidak hendak berkahwin dengan Anas budak kampung sebelah….dalam perkiraan si gadis Anas mungkin sama jaaa dengan anak-anak orang kaya yang lain…..bangga dengan usaha bapa mereka dan bukan nya kekayaan itu usaha mereka sendiri…..hanya tahu untuk bersuka ria…tidak pernah merasa sengsara dan susah payah untuk mencari secupak nasi….si gadis tak nak lelaki sebegitu….lelaki sebegitu manja…! Takkan dapat membahagiakan si gadis….

**************************

Semakin hari semakin si gadis gelisah…..malam purnama makin mendekati….perjanjian si anak dan si ayah bakal di tentukan kelak….sama ada si gadis selamat bersama pilihanya atau akur arahan si ayah yang mahukan si gadis berkahwin dengan Anas budak kampung sebelah….ketika menyibukkan diri dengan kerja dapur bagi menghilangkan bebanan masalahnya itu, si gadis terima kunjungan adik angkat yang disayangi, Amani nama di beri…..

Si gadis: lama sudah Amani tidak datang ke sini…ke mana Amani pergi?

Amani: Amani jumpa abang di Bandar Timur….tinggal disana beberapa tika…sahaja mencuba nasib untuk berkerja di sana….

Si gadis: abang kamu yang mana pula?

Amani: ooowh abang yang ke-2, Haris namanya…..sekarang dia ada di rumah….kami pulang bersama 2 hari lepas….bulan depan dia akan kembali ke Bandar Timur…..

Si gadis: eeeer Amani….. kalau kak Aina nak berkenalan dengan abang kamu tuu….bole ker?

Amani: (senyum)…….

Senyum bagi perempuan kan tandanya setuju….lalu berkenalan laaa si gadis dan Haris…. Pertama kali bertautan mata dengan Haris, si gadis dapat merasa debaran di dada…. Walau pun luaran Haris kelihatan seperti lelaki biasa…dengan potongan rambutnya yang kemas, penampilan yang sentiasa kemas, tidak selekeh….senyuman yang mampu menyentap jantung si dara….cukup bagi si gadis pada tahap ini si gadis merasa sangat bahagia….dan diri nya yakin Haris adalah pilihanya…..jadi nya sebelum purnama akan si gadis bawa Haris untuk berjumpa si ayah….. 2, 3, 4, 5 kali mereka bertemu….setiap masa lapang diisi bersama…. Satu hari tidak ketemu merasa hari nya tidak lengkap…..ke taman, ke pekan bersama…..sehingga laaaa pada suatu petang…..

Haris: Aina….abang ada sesuatu ingin katakana pada 
Aina….sesuatu yang penting…..mengenai kita berdua…..

Si gadis: (senyap & senyum)….

Haris: abang patut terus terang pada Aina awal-awal…. Saat abang Nampak Aina….abang suka lihat Aina, Aina kelihatan sungguh sopan….ayu di mata abang….sesiapa yang mendapatkan Aina sebagai suri hidup nya cukup bertuah lah manusia itu……

Si gadis: (berdebar-debar…) terima kasih abang…. Aina biasa-biasa jaa laa….

Haris: abang sebenarnya…..dah bertunang dengan gadis hujung kampung sebelah…..maafkan abang…..

TAAAAANGGGGGGG!!!!!!

Seolah-olah seketul bongkah besi jatuh atas kepala si gadis…..kecewa lagi untuk kali ke-dua….tidak disangka Haris yang sudah cukup sempurna itu adalah hak perempuan lain….dari kampung sebelah juga….apa laaa nasib diri nya….petang juga si gadis berlari ke hutan dengan niat ingin berjumpa si jejaka….hati nya terasa sangat pedih…..dia perlukan seseorang untuk mendengar rintih nya…..sejak kali pertama si gadis bertemu si jejaka…..si gadis merasa senang dengan si jejaka…..sentiasa ada ketika si gadis perlukan seseorang…..si gadis mengangap si jejaka sahabat nya yang baik……

Seperti sudah ketahui si jejaka setia menanti si gadis di bongkah batu yang sama di tepi sungai…..lalu di ceritakan kisah si gadis kepada si jejaka…..

Si jejaka: jadi sekarang apa yang awak nak buat? Dah banyak kali awak dikecewakan….tiap kali itu juga awk akan ke sini…..

Si gadis: awak tak suka saya datang ke sini?

Si jejaka: eeh bukan begitu Aina…..

********************

Si gadis: ayah kakak minta maaf…..kakak akur dengan keputusan ayah…..kakak terima pinangan Anas budak kampung sebelah…..

Si ayah: Alhamdulillah, syukur…..ayah tau apa yang terbaik untuk anak ayah…..

Lalu selepas beberapa bulan….setelah pelbagai persiapan di lakukan….hari yang dinanti-nantikan pun tiba…..hari pernikahan antara Aina dan Anas…… sungguh indah persalinan Aina yang berwarna putih bersih dengan secalit hiasan muka sudah membuatkan Aina pengantin paling cantik di kampung itu…..sudah semestinya perkahwinan antara 2 keluarga yang masyur dari kampung masing-masing akan disambut dengan begitu meriah…..di luar rumah sudah sibuk makcik-makcik dan pakcik-pakcik tak kurang juga tenaga muda turut mencurah tenaga dalam majlis besar-besaran ini…..

Pernikahan dilakukan di rumah pengantin perempuan…..berwalikan si ayah….si gadis tunduk redha dengan keputusan bapa nya…..jauh di sudut hati si gadis redha dengan siapa sahaja Anas itu…..siapa bakal suami nya…..si gadis menyerahkan semuanya pada Illahi…..

“Aku terima nikah nya Aina Rasyika binti Mohamad Razif dengan mas kahwin 80 ringgit tunai….”

Berderai titisan air mata yang dipekung tadi….menahan sebak, menerima kini Si gadis sah menjadi isteri kepada Anas budak kampung sebelah…..sejak dari tadi si gadis tidak mengangkat muka nya…..tunduk sahaja memandang tangan nya…..sejuk rasa tangan nya….kini tiba masa si suami untuk upacara pembatalan wudhuk…..dalam tika tunduk itu si isteri nampak si suami duduk di hadapanyya….lutut mereka seperti akan berlaga….hendak sahaja si isteri melarikan diri….dah nikah dah laaa jadi dia bole keluar dan menjalani hari-hari nya seperti biasa……alangkah indah nya kalau begitu reality nya….malangnya si isteri akan bersama si suami hingga akhir hayat…..

Suara-suara: Aina sarung cincin ke jari suami mu nak…..

Si isteri hulur kan tangan dengan paksa rela….muka nya masih tunduk…..dengan lemah lembut si isteri menyarung cincin ke jari si suami….terketar-ketar tangan nya….sejuk nya sahaja tak perlu di katakan lagi…..selesai si isteri mencium tangan si suami…..

Suara-suara: giliran Anas pulak sarung cincin kat Aina…..awat cek duk tunduk muka jaaaa…..lekas hulur tangan kat Anas…..

Suasana situ sungguh meriah….gelak tawa tetamu, ibu bapa, sanak saudara semuanya tidak didengari si isteri, yang dia tahu selesaikan benda nie cepat……tangan si isteri di raih….si suami menyarung cincin ke jari manis si isteri…..muka si isteri di angkat…..si suami menatap muka si isteri yang sah menjadi milik nya….mata si isteri tutup, enggan di buka…tetapi si suami masih juga menatap wajah si isteri…..masih lagi mengangkat muka si isteri…. Orang-orang sekeliling mula berbisik-bisik, ada juga yang ketawa mungkin merasa kelakar dengan keadaan pengantin yang malu-malu nie…..masih dalam keadaan yang sama sehingga laaa si isteri membuka matanya…..Anas tahu Aina tidak suka berkahwin dengan nya….Anas tahu bagaimana Aina mengangap Anas….budak manja…! Selagi Aina tidak memandang muka nya tika itu….Anas tidak puas hati….biar Aina tahu dengan siapa Aina berkahwin…..siapa kini suami nya….
Saat mata Aina di buka….mata Aina dan Anas bertautan…..

“ya ALLAH…..Iwan??????”

***************************

Aina: sudah laaa ketawa tuh….seronok sangat pula…..!

Anas: hahahahahahaha dah tuh yang awak pengsan terus lepas buka mata kenapa…..macam nampak hantu jaaa…kelam kabut semua tau tak….tak sempat saya nak cium dahi awak tadi…..

Aina: padan muka! (mencebik)

Anas: abang minta maaf yaaa sayang…..sebab tak beritahu hal sebenar, siapa abang sebenarnya sejak kali pertama kita jumpa…..abang pun tak sangka abang bole jumpa Aina kat situ…..

Aina: aina ingat abang tinggal kat situ…bukan yer….

Anas: abang Cuma tolong orang tua tu jer….mereka kehilangan anak mereka…jadi tiada siapa yang menjaga mereka kini…..ermmmm jadi kan sayang…..ley sambung scene siang tadi?? Hehehe

Begitu laaa kisah si gadis dan si jejaka….oooowh nama si jejaka sebenarnya….Mohd Anas Eirwan….orang tua di hutan tuh memangil Anas dengan nama Iwan sebab sama dengan nama anak mereka…..akhirnya sigadis dan si jejaka hidup aman damai selamanya…..

p/s: masuk nie dah 2 cita aku wat..sume gara-gara study tak masuk kuar benda nie..hahaha kisah ini tiada kena mengena dengan yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia….nama watak dalam cerita ini hanya di ciplak dari manusia-manusia sekeliling saya….semoga semua enjoy dengan alkisah ini….last word from me Hidup Mau Cool….





1 comment:

  1. mak aii...mabeless nye cita hang.....ni mesti sbb hg tak minum nescafe berkatikati tu sbb study kuar cita lain nehh...hehe..comel gilla aa..buat cita aku pulakk a

    ReplyDelete