Saturday 31 March 2012

Aku Kembali Aktif...!!

ASSALAMUALAIKUM...!!

yeeehaaaaaaaa...!!! aku dah langsaikan bil broadband aku... rupa-rupa nya asek tak ley connect tu sebab aku ada utang lagi  RM 2.15 hahaha buang karan tol..! anyway... disebabkan broadband aku dah hidup semula...jadi senang laaa kije aku pas nie.... daah tak yah aku nak lepak lab computer sebab nak update entry baru....yezzzzzaaaaaaa!!

kalau kawan aku baca entry nie... aku tau dah respon dia....

"ermmmm orang tuh dah update entry baru...yelaaa bb dah hidup kan..."

yezzzaaaaa! tepat sekali.... so hampa-hampa jangan nak perli-perli aku naaaa... lagi-lagi "hang"..! hahaha rasa tak aku tuju kat hg?? hehehe aku nak wat kerja TAXO tapi dah bukak tak terbuat pulak... wakakaka...

tu jer nak citer....wasalam..

last word from me Hidup Mau CooL...

Thursday 29 March 2012

TERIMA KASIH ABG COMEY..!!

ASSALAMUALAIKUM

Aku ada benda nak story cket nie…hehehe

pada suatu malam , ketika aku sedang memasak untuk mengisi perut aku yang sangat lapar ini… tetiba pintu rumah di ketuk oleh seseorang…

*tok! *tok! *tok!

“Assalamualaikum….!”

aku yang ketika itu tengah menggoreng telor untuk dijadikan juadah terkejut, terspontan menjawab salam beliau di luar….

“waalaikumusalam….?!!”

beliau pun berkata….

“Nak pinjam helmet…..”

aku dengar tapi tak pasti….

“helmet??”

dia pun menjawab….

“a’ah nak pinjam helmet”

aku pun masih dalam mood terkejut menyerahkan helmet aku tanpa sua muka pada beliau di luar rumah… hanya berbicara dari balik pintu rumah….

sambil beliau mengambil helmet dari pegangan ku…

“hang macam bz jaaaa…”

aku segan-segan terkejut, dengan spontan nya menjawab…

“ermmmmm tengah masak….”

lalu beliau pun berlalu pergi…..

tetiba teringat besok tak de kelas, nak masak nasi goreng laaa…alamak! bawang besaq habis 
laaa pulak… aku pun cakap laaa kat kawan aku… “silap tak pesan kat beliau tolong beli bawang 
besaq” …. kawan aku dengan excited-nya suruh aku mesej beliau….


screen henpon aku.. haha


Setelah beberapa ketika tepon aku bunyi *1 new message received* beliau balas “ok xde hal”…

Jam berdetik-detik, aku pun tunggu kepulangan abg, eh abg pulak…hahaha gatai! aku pun tunggu kepulangan beliau…

seketika kemudian pintu diketuk bersama salam….

*tok! *tok! *tok! Assalamualaikum…..

“waalaikumsalam, sat,sat….!”

terdengar sayup-sayup suara dari luar…

“bawang-bawang….”

aku bergegas masuk bilik pakai sweater ada hud tutup kepala… berjalan menuju ke pintu dan bukak… taraaaaaaaaaaaa abg comey tengah kelas barang-barang yang dia beli…..hehehe tak nak kaco aku senyap jaaa kat pintu tengok abg comey…

dah selesai dia pun berkalih…

“eh jap ex…”

beliau pun serah kan helmet dan bawang yang beliau beli….lalu aku pun bertanya

“berapa nie?” >merujuk kepada bawang…<

beliau dengan muka comey nya…

“eh takpe2….”

aku serba salah…

“jangan laaa macam tuh…berapa nie?”

beliau dengan senyum nya…

“ermmmm entah! berapa entah…!”

jadi aku pun….

“TERIMA KASIH YER…!!”

aku pun tutup pintu, sebab tak nak lama-lama kat situ…. segan… aku pun letak helmet, ambik bawang… laaaaaaaaaaaa sengal tol beliau itu… konon tak tau harga berapa bawang tersebut…. beliau pandang jer tanda harga tadi…. terserlah RM1.80 di situ…

Jadi aku pun wat laa kesimpulan bahawa beliau seorang lelaki nak tunjuk laaa dia gentleman, (gentleman belanja bawang) hahahaha apa-apa pun terima kasih abg comey, saya dapat wat nasi goreng pagi nie…hehehe…. nanti bila-bila masa saya belanja abg comey pulak yer… belanja benda lain laaa kot, bukan bawang…hahahaha

p/s: ini abg jiran depan rumah… boleh nak tego-tego pun pas ter-melatah di hadapan beliau…Last word from me Hidup Mau CooL…


Saturday 24 March 2012

Tak Suka, Tak Bermakna Aku Benci....

ASSALAMUALAIKUM…!!

wahai sahabat-sahabat ku sekalian… sihatkah anda?? Alhamdulillah sihat2 yer…. aku nak citer satu benda nie… nak tau tak??! nak dengar tak??! hehehe kalu nak tau apa benda… habiskan baca yaaa…

pada suatu hari yang cerah… setelah berhari-hari hujan rintik-rintik, hari nie ternyata begitu cerah sekali… alam seolah-olah bergembira setelah mengalami kemurungan beberapa hari ini… jadi alkisah nya bermula ketika aku bersama sahabat aku dari kelas yang sama dengan aku pulang ke rumah….. sejak beberapa hari lepas aku dah ada teman nak balik rumah… selalu nya aku pergi kelas dan balik kelas sowang-sowang, yakni menaiki “Che Mat” (moto kesayangan aku), tapi kini sahabat aku akan menaiki moto bersama-sama aku…. sapa yang bawa moto?? mesti laaa aku  yang memacu moto aku tuh… sahabat aku pula berada di belakang aku… okeh Nampak bayangan nya macam mana?? aku kat depan kawan aku kat belakang… okeh semua??

Jadi disebabkan aku nie saiz XXL kawan aku lak M jer… agak laaa sendat di situ… kedudukan aku dah ke hadapan sangat jadi nya… hahaha! tapi masih dalam keadaan selesa… aku masih mampu memacu moto aku dengan baik sekali…. masa solo bole laaa hentam 80km/J, bila bawa orang nie aku jadi fobia bawa laju-laju… jadi nya sekitar 50-60km/J jaaa aku bawa…. almaklum laaa sejarah sebelum nie aku bawa penumpang laju-laju excident owang belakang yang terok…aku rilex jaa…hehehe! maaf yaa bagi yang jadi mangsa aku tuh… okeh done bout that!!

pada masa kejadian aku macam biasa bawa laaa moto, dengan kawan aku kat belakang aku, macam aku citer tadi…. dalam U aku nie memang berbonggol banyak… jadi sebagai pengguna jalan di dalam kampus nie aku jadi penunggang yang paling berhemah….waaaaa sempat nak puji diri… hahaha (“apa kena mengena berbonggol banyak dengan penunggang berhemah??” ermmmm taktau..hehe hampa pikir sendiri laaa) tengah aku layan bawa moto tuh, aku terpandang sesuatu di jalan… 1st guessing ranting kayu…. makin dekat 2nd guessing Tali guni ka tuh??.... bila hampir aku tekad nak lanyak jaaa….sekali benda yang ku sangka ranting dan tali tuh bergerak…!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! tak sempat nak elak aku dah lanyak dengan parah nya benda itu…. beberapa saat kemudian yang mampu aku katakan hanyalah ULAAAAAAAAQQQQQQQ!!!!!!!

seriously aku tak tipu sampai ke rumah jari-jari kaki aku merengkot (seolah-olah mencengkam), aku memang tak bole nak berhadapan dengan binatang ciptaan ALLAH itu…. tahap ke-tidak-terima-an aku tuh melampau sangat…aku tak ley nak tengok gamba, movie pun kalu aku tengok dari awal citer sampai habis suara aku jaaa yang lebih… menjerit-jerit padahal dalam TV jer pun…. lagi-lagi ular getah, mau nangis meraung aku…. seriusly aku tak tipu aku TAK SUKA binatang itu….

walaupun aku tak suka itu tak bermakna aku benci binatang itu…. aku boleh nak terima mereka… tapi aku kena take some time for overcome the feelings…. aku geli! aku takot! aku tak suka! lepas aku terlanyak binatang itu di jalan, aku kesian lak… memang aku tak suka… tapi tak da niat laa aku untuk merasai betapa suka nya dapat bunuh sekor dari mereka… tak memberi kesan dalam kehidupan pun kalu sekor jaaa yang mati…. waaaaaaaaa sangat menggelikan…!! sampai sekarang aku naik moto aku terasa macam binatang tuh melilit tayar moto aku…. adoooooy… tak suka! tak suka! tak suka!

*******************************************

susah untuk aku mempunyai perasaan benci pada seseorang…. bila tahap dah sangat menguji keimanan aku dan kesetiaan aku sebagai seorang hamba ALLAH yang lemah, perasaan benci itu akan hadir, mahupun begitu wahai insan, walaupun aku membenci mu, walaupun aku tidak lagi menganggap dikau sahabat aku, insyaALLAH tidak akan terpamer perasaan itu andai aku bertemu dengan dikau wahai insan…. teringin aku mengucapkan kata maaf berhadapan, tapi aku tak berdaya nak menatap mata dan wajahmu…. sebab perasaan benci aku terhadap mu dah menebal, membesar bak pokok ara…. tambah bersama ego aku yang melangit… aku berdoa agar ALLAH tunjukkan cara, jalan dan kekuatan berhadapan dengan mu wahai insan…. kadang-kadang aku terasa itu bukan salah mu… tika itu juga bertahun-tahun aku salahkan diri aku… tapi apa salah aku??
p/s: last word from me Hidup Mau CooL…. wasalam…

Monday 19 March 2012

Singgah jap je kan??


ASSALAMUALAIKUM
Uacapan salam kepada kalian semua…. Semoga hidup kalian dalam sejahtera dan diberkati oleh-Nya….

Aku kembali untuk menceritakan kisah aku…  dah lama aku tak menaip… dah lama aku tak bercerita… disebabkan..
1.       Aku tak da masa
2.       Broadband aku mati langsung
3.       Aku tak da idea nak tulis apa....

Tapi hari nie aku ada masa dan aku ada benda nak cerita…. Bukan ceritera tapi kisah realiti hidup aku… hidup aku seorang hamba ALLAH yang hidup sementara dalam dunia bagi mencari bekalan untuk menetap di sana yakni alam yang selamanya kekal…..

Aku yakin semua orang pernah mengalami atau menghadapi peperiksaan, tak pun kalu tak sekolah mesti hampa pernah diuji… alaaaa kalau hampa nak ambik lesen pun hampa kan kena ambik exam komputer, lulus yang tu baru hampa bole teruskan nak ambil kelas memandu… kan? Kan? Kan? Kalu tak pun kalau hampa nak naik pangkat nak naik gaji, kan bos akan bagi beberapa tugas dulu,  kalau hampa lulus tuh dapat laaa naik pangkat…kan? Kan? Kan?

Hidup pun macam nie juga…. Kepada sesiapa yang rasa apa aku nie cakap salah dan mengarut, saya mengalu-alukan anda untuk menegur, kerana saya ingin belajar dan ketahui bahawa apa yang saya rasa ini mungkin salah… sekarang kita dalam fasa belajar, macam masa sekolah dulu, kita pergi kelas belajar, ada cikgu ajar kita… macam-macam subjek kita belajar… ada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Kemahiran Hidup, Geografi, Pendidikan seni, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Agama Islam, Bahasa Arab, dan macam-macam lagi… bila dah habis sesuatu topik, nanti kita akan ada kuiz… cikgu cakap kuiz tuh sebahagian peratus markah untuk dibawa sampai hujung sem dan menjadi antara penolong kita untuk dapat keputusan elok-elok… macam subjek sains kan ada beberapa praktikal atau amali kena buat….kena buat report lagi..pastuh ada markah juga…. lepas tuh kan kita ada final exam.. yang paling berat… time tuh laaa kita struggle kuat-kuat… sebab kita tak tau nak naik soalan apa…. harap sangat dapat keputusan elok! Cemerlang!

Bagi aku hidup pun macam tuh juga…. Kita belajar, kita buat praktikal kutip markah banyak-banyak sebab kita nak jadi pelajar cemerlang… kita nak ibu bapa kita berbangga dengan kita… kita nak diri kita bukan manusia yang dilahirkan sia-sia…. Kita nak ibu bapa kita ada bekalan dengan doa dari anak-anak yang soleh…. Beza antara masa sekolah dengan “hidup” adalah kita tahu masa sekolah kita ada masa setahun untuk belajar, ambik exam, dapat keputusan dan penentu kita cemerlang, dapat naik kelas ka tidak, berdasarkan dengan keputusan exam kita….A banyak maksudnya kita cemerlang…. Kalau Hidup kita tak tau berapa lama masa kita ada….kita belajar, prakitikal jaaa…bape carry marks kita, tak pernah kita tau….cukup ke tak nak dapat A…. apa gred kita nak dapat nanti, yang paling penting lulus atau tidak kita nanti…. Sebab bagi yang lulus alhamdulilah laaa akan diberi ganjaran dan disayangi oleh semua… ALLAH sayang, Rasul sayang, Ibu bapa kita gumbira… tapi kalau tak lulus..GAGAL??!!

Macam mana laaa kan…?? Aku sendiri ingin muhasabah diri… aku terpikir macam nie bila aku nak jawab final exam ari tu… ada beberapa soalan yang aku tak tau nak jawab… aku cukup resah…cuak…risau…aku hentam sesuka hati aku jaaa…. Adakala aku tinggal kosong jaaa sebab aku memang tak tau nak jawab apa…. Tapi ada gak soalan aku asa macam aku tau jawapan dia, tapi aku tak tau nak jawab macam mana…tak tau nak wat ayat macam mana…. Tibe-tibe aku terpikir kalu kita kena soal dengan Malaikat nanti, macam mana kita nak jawab… walaupun sekarang kita tahu apa jawapan dia, sebab soalan-soalan tuh dah bocor yang amat… dari sekolah rendah sampai sekarang musti ada jaa yang bagitau kita soalan-soalan yang akan ditanya…. Tapi tetap perasaan takut tu ada kan? Kan? Kan? Takut tak bole jawab… kan? Kan? Kan?

Sebab tuh kita kena kutip banyak-banyak markah masa hidup nie… wat elok-elok praktikal, sebab markah untuk praktikal bukan berdasarkan report jaaa tapi masa kita buat praktikal tuh pun ada markah  nya juga…. Kan? Kan? Kan? Jadi kalau dah tiba kuiz nanti kita boleh jawab elok-elok juga… kalau markah kuiz elok jadi masa final exam tak laaa susah sangat…. macam kawan aku masa jawab exam ari tu…. Rilex gilew… lancar jaaa dia jawab…

Final exam tuh ibarat kat padang Masyar nanti…. Sementara nak tunggu masuk exam hall hampa cuak tak? Takot tak? Bedebar tak? Siyez kalau aku memang bedebar rasa…begetar juga laa lutut aku nie sebenarnya, tapi aku wat cool jaa…hehehe masa kat padang Masyar nanti pun macam tuh juga…. Kawan aku pernah cerita kat aku, cuba bayangkan hampa tunggu bas nak pi Bandar, hari tuh sangat panas..tunggu bas dalam 5  10 minit, tak Nampak-nampak juga muka bas… kita pun mula nak rungut, ujian yang sedikit tuh pun kita dah tak tahan… macam mana pula masa kat padang nanti…kalau kita antara manusia yang dipayungi tak pe…. Kalau tak? Dah laaa matahari betol-betol kat atas pala kita… bayangkan laaa kita nak tunggu turn antara uncountable human dari seawal-awal manusia yang dilahirkan sampai kita berapa lama kita nak tunggu….kalau tak kena apa-apa tak pe…kalau kita nie wat dosa kan ada penyesalan nya…hancur pala ngan batu laaa, tarik-tarik rambut…macam-macam laaa betapa dasyat nya….menyiksa diri sendiri sebab sesal dengan dosa sendiri…. Nauzubillah….

Bila sampai turn kita kan lepas tuh akan ada pembentangan report…. Masa tuh laaa yang nak cuak tuh… tak habis dengan penyesalan kita nie nak bedebar-debar dengan report kita pula…. kalau report kita bagos tak paa bai.. kalau dak macam mana… habis nya video-video hidup kita akan di tontonkan… kalau baik kita buat masa hidup kita tak yaah laa nak rasa malu atau terasa kantoi segalanya kan? Kan? Kan? Cuba bayangkan kalau tak terpadam video buruk yang ada…. Tak ke naya namanya…. Ish ish ish…. “Sebelum mencuri polan pandang kiri kanan depan belakang nak tengok ada orang tak, bila pasti tak de orang selamber dia jaa ambik ipad2 Semat” sesungguhnya si polan tuh tak tau yang dia dirakam… ish ish ish…. Habis semua orang tau yang si polan tuh rupanya yang curi ipad2 Semat kat padang nie…! Sambil tuh kita ditimbang… adoyai… cuba bayangkan betapa lama kita tunggu untuk turn kita… tambah macam-macam jadi, macam-macam kita tengok perilaku manusia yang sesal…. Akhirnya penentu sama ada kita lulus atau tak… Al-Mizan… kalu berat sebelah kanan tak paaa….bersyukur setinggi-tinggi syukur pada yang Maha Adil…. Kalau macam mana pun berat sebelah kiri….lagi terasa kalau berat sebelah kiri disebabkan perbezaan yang sedikit… sekecil-kecil dosa yang kita buat kalau kita tak memohon ampun akan kumpul jadi besar! Berat!

Keputusan muktamad dikhabarkan…. Bagi lulus Alhamdulillah aman hidup nya di dalam syurga…yang gagal..?? ke neraka jahanam..! disiksa, dibakar, makan benda-benda berbisa… minum benda-benda yang menjijikkan…! Nauzubillah… itu kalau gagal… tak cukop carry marks… masa sekarang nie kalau kita gagal tak pa laaagi bole repeat paper…kalu kat sana tak da makna nak repeat-repeat… sebab tuh orang duk bagi nasihat sekarang nie…duk masih hidup nie…jangan nak seronok sangat… ditegur kata nya kita ustazah bagai… bertanya di cop nya kita mami jarum… menghalang dipukul balik kita…. Manusia zaman sekarang… semoga ALLAH memberi hidayah kepada kita semua…semoga Dia tunjuk kat kita mana yang salah mana yang betol… kalau ada kawan tego tuh hampa jangan nak melenting… tuh makna nya ALLAH nak tunjuk kat hampa yang hampa buat tuh salah caranya… ALLAH kan sayang hamba-hamba nya….Dia kan Maha Pemurah…setakat petunjuk sikit-sikit (bagi yang sedar) apa laaa sangat selagi hamba Nya tak lupa kan Nya…. Sayang kat Dia…sebab ALLAH kalau kita sayang Dia…uncountable ganda Dia sayang kita balik….!

Macam kawan aku ada cakap… “kalau nak masuk syurga aku tak mau pi sowang-sowang, nak ajak ramai-ramai” bagus kan? Kan? Kan? Sangat bagus… hahaha aku tak sebagus mana… tak sebaik mana… masih cuba nak perbaiki diri… banyak benda nak study, nak kutip carry marks banyak-banyak… takot tak dapat nak jawab lak soalan nya….tak tau nak dapat apa… tapi harap sangat dapat elok… hehehe sama-sama kita usaha kuat okeh rakan-rakan??  Sebab kita tak mau bila kita terjaga nanti, walaupun dah bukak mata tapi apa yang kita nampak gelap jaaa… baju yang asalnya kita pakai baby t-shirt, jeans tight dah diganti dengan kain putih tak berjahit… kalau sebelum nie kita terjaga sebab alarm tepon kita tapi kali nie kita terjaga sebab dengar ada suara keras memanggil nama penuh kita… bersedia kah kita nak jawab balik nanti?? pikir-pikir laaa balik…

p/s: kalau ada salah mana-mana.. bagi tau naa… kalau ada pendapat hampa sendiri…kongsi laaa..hehehe last word from me Hidup Mau Cool…!

Wednesday 7 March 2012

Hidup Aku Bosan Tanpa Broadband...!!

ASSALAMUALAIKUM

pejam celik! pejam celik! pejam celik! dah setahun aku bersama broadband aku tuh....nama manja dia BB...

Saat-saat terakhir aku bersama BB aku, bila aku dah nak dekat final exam sem lepas....bila-bila aku connect kat laptop aku hanya cahaya hijau jer yang memancar....masa tuh aku tak paham kenapa dengan BB....aku tau aku tak bayar lagi bil BB tapi sekarang aku dah bayar.... "tapi BB kenapa kau masih pancarkan sinaran hijau???? kenapa kau tak dapat detect signal langsung???? kenapa?? kenapa??!!!"
  
Kalau masa BB sihat...BB pancarkan cahaya biru....masa tuh seronok sangat....!!! bukak pa pe pun cepat jer....nak main facebook ka....email kaa....YM kaaa...nak skype pun okeh jer....nak donload lagu?? video?? laju jer.....apa ntah lagi kalu aku nak layan video kat Youtube....ok sangat!!! tapi sekaranag tuh suma dah tak da....nak kata nak bukak google.com nak connect pun tak dapat, BB dah tak macam dulu....BB dah tak dapat nak detect signal....sedey sangat..!! aku rindu sangat dengan BB....bila bole kita bersama lagi?? hukhukhuk

Bila Aku Tekad..!!

ASSALAMUALAIKUM...

"Selamat kembali ke Fakulti anda"....cuti sebulan pun dah habis....aku pun sekarang dah start kelas balik....awal-awal minggu pun aku dah start wat perangai....dah 3 kali aku skip kelas....WARNING: BUKAN AKU SENGAJA..!! 1st kelas aku skip...aku memang tak pi fakulti nie....tau-tau kawan mesej cakap memang tak de kelas...save! 2nd time aku skip...aku ingat kelas ari tu start pukul 9am, rupanya sekali pukol 8am....apa lagi halal je laaaa..... 3rd time aku skip...nie yang aku memang hangin tol...!! aku dah semangat siap awal-awal...setengah jam lagi aku dah siap suma nya...siap sarapan lagi kat rumah....turun jer rumah.....sampai jaaa tangga yang terakhir aku dah start nak bengang!! awal-awal pagi dah kasi stress kat aku....anak sapa laaaa yang parking blok motor aku...!! nak kuar pun tak ley...memang tak ley aaar....dah aku tolak cket...tak berjaya jugak...tolak lagi motor lagi satu....tak ley gak....! nie yang aku pantang kalu aku dah semngat ada jaaa motor nak halang motor aku....last-last tengok jam dah lambat gilew...aku pun decide naik bas pukul 9am dari rumah....hangin nie wey...!! tak habeh gi...!!

tu laaa dia...kalu ikot hati yang suci murni  nie memang aku tak mau pi kelas daa...(jap sebab motor aku kena blok jer aku tak mau pi kelas?? macam mengada jer nama nie....) hehehe tapi aku tekad jugak...! aku nak jugak pi kelas...soooo, aku pun sampai ke fakulti dengan menaiki bas.....kelas pertama memang dah lepas pun...so aku ngah tunggu kelas ke 2...kelas komputer....

dah laaa cket-cket mukadimah aku masa start sem baru nie....anak Razak nie nak berubah...insyaALLAH akan jadi lebih rajin sem nie....semoga azam sem baru nie terlaksana....eh cakap sal azam....bukan nya sal hamba ALLAH yang bernama azam tapi nie kisah azam, atau target aku sem lepas....ALHAMDULLILAH azam aku sem lepas yakni nak naik pointer akhirnya terlaksana atas izin-Nya....memang laaa tak naik banyak macam orang lain yang dah cecah 3pointer tuh....tapi kalu kita terus berusaha tak jadi mustahil kan....jadi azam sem lepas akan ku tetap transfer ke sem nie jugak...! waaaaah semangat siot!! berkobar-kobar....!!

anyway bagi yang sudah mengetahui mahupun yang belom...kan ari tu aku cakap aku ada kije dekat kedai makan dekat jer ngan umah sewa aku...sebulan gak aaar aku kije....sepanjang sebulan kije banyak gak pengalaman yang aku dapat.... aku tak pernah lagi kije dekat kedai makan...nie 1st time....sebelom nie kan aku kija dekat pasaraya jaaa....lain suasana nya....yelaaa dah nama satu kedai makan...satu lagi pasaraya...celah mana nak sama....gi kedai makan nak makan...gi pasaraya nak beli barang...adoyai...!! tapi masa keja kat kedai makan nie...suma jenis tugas aku dapat rasa.... dari ambik order, sedia sudu+sup, wat minuman, basuh pinggan, sapu sampah, mop lantai, jadi cashier, beli barang untuk kedai, macam-macam laaa aku asa tinggal nak pegang sudip jaaa belom...hehehe....ooowh aku tak gitau lagi kan kedai makan apaa...haaa nie yang aku nak promote nie....Kedey  Kamek...yakni kamek tuh sebenarnya dari dialek sarawak yang bermaksud saya.....

niat di hati nak wat part time job, setiap weekend aku nak kije....memandang aku tinggal kat luar aku rasa perlu juga kije part time....malang nya gaji part time kat sini tak semasyuk gaji kat semenanjung, yang mana kalu hampa kije kat kedai makan kat semenanjung habis kurang kije 8 jam hampa boleh dapat rm20... begitu laaa....apa pun kerja yang kita lakukan mesti laah dari kerja yang halal..hehehehe so i think thats all from me...jumpa lagi lain kali....


Last word from me Hidup Mau CooL....salam....