Tuesday 17 January 2012

Alkisah Teruna dan Gadis

Di sebuah kampung yang aman damai……

Si teruna : Ibu tadi saya terserempak dengan seorang gadis yang amat cantik paras rupanya, lemah lembut perwatakannya…. Ayu sungguh cara nya….

Ibu hanya mendengar dan senyum dengan apa yang anak teruna nya katakan….
Tambah si teruna………..

Si teruna: jadi ibu,, boleh tak ibu tolong pinang  gadis di hujung kampung itu  bagi pihak saya? Saya yakin gadis itu akan menjadi suri hidup saya yang terbaik, ibu kepada anak-anak saya dan insyaALLAH bersama sehingga akhir hayat nanti….malah hingga kehidupan yang abadi…

Ibu senyum dan mengangguk…….jadi keesokannya ibu dan ayah, bersama si teruna pergi laaa ke rumah hujung kampung…..sesampai sahaja di rumah tersebut, kelihatan si gadis yang dikatakan si teruna tempoh hari sedang membersihkan laman rumah nya….terlihat tetamu yang menuju ke rumahnya, si gadis senyum dan menunggu tetamu itu berjalan menuju ke tempat nya berdiri….. si teruna yang melihatkan senyuman si gadis hampir gugur jantungnya…berdebar rasa….makin bersemangat si teruna ingin menjadikan si gadis sebagai suri hidup nya…..

Si Ayah: Assalamualaikum….. ayah ada di rumah?
Si Gadis: Waalaikumusalam….. ada di atas….jemput laa naik ke atas rumah….

Lalu melangkah masuk laaa si teruna dan keluarga ke rumah si gadis….sangat kemas dan cantik keadaan rumah tersebut….lalu dipelawa duduk tetamu tersebut….manakala si gadis dengan sopan meminta diri ke dapur…..seberapa detik kemudian, si bapa gadis mampir ke ruang tetamu itu…. Salam diberi dan disahut serentak oleh tetamu itu…..

Dipendekkan cerita niat disampaikan….tujuan dijelaskan….rasa hati diluahkan…. Si gadis dalam terkejut memanjatkan setingginya rasa Syukur ke hadrat Illahi atas ketentuan ini….kerana dalam diam si gadis sebenarnya telah lama menaruh hati pada si teruna…..telah lama si gadis perasan kehadiran si teruna….tapi dipendam sahaja perasaan itu….siapakah si gadis untuk si teruna? Merasa diri amat tidak sesuai dan sepadan dengan si teruna….tidak disangka, permintaan ibu nya yang kepingin makan cucuq udang di sebuah gerai kecil di pekan menjadi titik tolak penentu jodohnya….di pekan itulah si teruna terlihat si gadis…..

Kisah si Gadis…..


Pada suatu masa yang amat dahulu……
Si gadis bergegas pulang ke rumah sesudah sesi persekolahan….. mengikut perancangan si gadis dan rakan-rakan akan mengadakan pembelajaran secara berkumpulan di perpustakaan yang terletak di dalam pekan….setelah mandi, makan dan solat Zohor, si gadis pun berbasikal laa ke perpustakaan….di sana nanti si gadis akan berjumpa dengan rakan-rakan nya….. sesampai nya si gadis di perpustakaan itu, terus sahaja si gadis masuk ke perpustakaan dan mencari meja yang bersesuaian mengikut bilangan rakan-rakan nya nanti…..nampak nya rakan-rakan nya tidak sampai lagi…..

Sambil menanti hadirnya rakan-rakan si gadis…. Si gadis pun duduk senyap-senyap di tempatnya sambil mata melihat karenah manusia-manusia di situ….pelbagai gelagat manusia yang dilihatnya……sungguh ramai manusia ketika itu…. Kebanyakkan nya pelajar-pelajar sekolah menengah….dan yang pastinya dari sekolah si gadis….tidak kurang juga yang ada adalah pasangan-pasangan yang masih bersekolah menggunakan perpustakaan ini sebagai port melangsai rindu masing-masing…..(padahal kat sekolah jumpa jaaaa..!)

Masih setia menanti rakan-rakan nya…si gadis terpandang satu susuk tubuh yang melangkah masuk ke ruang perpustakaan itu….entah kenapa terasa debaran yang amat dasat dalam dirinya…. Mata seperti tidak mahu teralih dari melihat wajah yang sangat bersih itu, sungguh tenang wajah si jejaka…..dalam menatapi wajah si jejaka yang melangkah di hadapanya….. mata mereka bertautan….menambah getar di hati si gadis…… tapi tautan itu hanya bertahan selama beberapa saat sahaja…..si gadis tak mampu lagi menatap wajah si jejaka….hati nya terlalu bergetar, membuatkan wajah nya merasa panas, tangan mengeletar, menjadi sangat tak keruan….. pada masa itu juga akan-rakan nya sampai seorang demi seorang…… melihatkan keadaan itu rakan-rakan 
mula menanya kenapa…..hanya senyuman dan gelengan sebagai jawapan…..

Sejak itu persoalan siapa si jejaka itu berlegaran di fikiran nya….. demi mencari jawapan…. Tiap-tiap hari Jumaat si gadis akan ke perpustakaan dengan harapan akan menemui jawapan nya….. seperti yang disangka….si jejaka akan ke perpustakaan setiap hari Jumaat….. setiap kali si gadis nampak si jejaka…..perkara yang sama akan terjadi…..sehingga laaa rakan yang menemani si gadis perasan akan perilaku si gadis…..

Rakan:  namanya Teruna, sekolah kat Bandar….. sekolah biasa jaaa….sama baya dengan kita…. Keluarga dia orang baik-baik, kuat pegangan Agama…..duk satu kampung dengan kita…..

Mendengar penjelasan si rakan, si gadis rasa sangat rendah diri……melihat perilaku si teruna yang sangat baik itu membuatkan nya rasa mereka sangat berbeza……sifat si gadis yang sangat kasar sangat berbeza dengan gerak laku si jejaka yang seperti seorang imam muda…..tidak sesuai rasanya bagi gadis yang tiada rupa bersama jejaka yang kacak itu….malah, si gadis merasakan tapak agama nya tidak laaa sekukuh mana….membuatkan si gadis merasa tiada peluang antara mereka….! Lalu perasaan itu dipendam sahaja…..

Masa terus berlalu…… si gadis meneruskan hidup nya yang penuh liku…..menegenali ramai jejaka bagi mengisi kekosongan di hati nya…..persekitaran sosial yang dilalui nya di rasakan tidak kena…..menjadi kan si gadis semakin teruk dari sebelum ini…..mula hanyut dengan asyikan duniawi…..bertambah parah ketika melangkah masuk ke alam Universiti…. Hasutan demi hasutan di layani nya…..dalam keseronokan duniawi jauh di sudut hati nya…. Si teruna masih ada walau dalam secebis cuma…..mendengar kan nama Teruna sahaja sudah membuatkan jiwa nya bergetar…tapi minda kuat mengatakan “kau tidak layak bersamanya!! Lelaki baik hanya untuk perempuan yang baik…..kau tanya dalam diri kau layakkah kau nak bersamanya….kau hanya layak dengan lelaki yang sama taraf dengan kau…..” setiap kali suara minda akan menepis debaran yang di rasa si gadis…..

Dalam melayani kenikmatan dunia….. si gadis merasakan ada sesuatu yang tidak kena….. segala yang dilakukan di rasa kan tidak kena….. Persoalan demi persoalan menerjah ke dalam diri…… hidup nya sudah tak terasa aman…. Ada sesuatu yang kurang….tapi apa??

*********************

~assalamualaikum warahmatullah~ ~assalamualaikum warahmatullah~ selesai sudah solat berjemaah di sebuah surau berdekatan dengan rumah yang didiami si gadis dan rakan-rakan….. setiap kali Maghrib si gadis dan rakan akan ke surau tersebut untuk berjemaah…..kesempatan dan peluang di mana surau yang berada di sebelah rumah digunakan sebaik mungkin oleh si gadis dan rakan-rakan untuk berjemaah…..Alhamdulillah kini si gadis dah berubah…..rakan yang menyedari akan kesilapan yang dilakukan oleh si gadis, terus menarik si gadis kembali ke dunia nyata…..dunia yang hanya sementara sahaja….disedarkan si gadis bahawa akan ada dunia yang kekal abadi….di mana nasib kehidupan kita di dunia kekal abadi ditentukan oleh amalan kita di dunia sementara…..

Hidup si gadis kembali tenang….dan akhirnya si gadis menjadi pelajar cemerlang dan membanggakan ibu bapa nya…..kembali ke kampung halaman dan berbakti kepada ke dua orang tuanya…..

Ibu: Gadis boleh tolong ibu? Adik mu kata cucuq udang kat pekan tu sedap, boleh tolong belikan tak??

Si gadis yang telah berubah itu akur lalu tanpa berlengah si gadis pun menuju ke pekan dengan menaiki motosikal…..jika dibanding dengan si gadis pada suatu masa dahulu…… perintah ibu nya hanya diambil sambil lewa……selalu menangguh untuk tunaikan permintaan ibunya……tapi kini tidak lagi…..! sesampai sahaja di gerai kecil itu……si gadis pun memesan cucuq udang RM3…..

Kisah si Teruna

Pada suatu masa yang amat dahulu…..
Setiap langkah si teruna akan ada mata-mata yang melihat…..lebih spesifik mata-mata gadis-gadis, mata-mata wanita, malah ada mata-mata ibu yang melihat betapa untungnya mendapat menantu yang sebegini rupa….. bersih paras rupa nya, tenang tatap wajahnya, syahdu mendengar lunak suaranya…. Setiap kali merasa kan diri diperhati si teruna akan endah kan sahaja….. andai ada yang tersenyum pada nya…..senyuman kembali akan di balas nya….. bertautan mata dengan gadis menjadi pantang larang hidupnya…..salam kata pertama akan terpacul dari mulutnya setiap kali bertemu rakan-rakan nya….. indah nya gambaran si teruna…..

So shame…. “don’t judge a book by its cover” secara fizikal semua mengenai si teruna kelihatan sangat indah! Baik! Bersih! Innocent! Manusia tetap manusia, lemah….!! Manusia hanya laah hamba kepada Pencipta seluruh alam semesta ini….ALLAH MAHA BESAR….. apa lah sangat dengan kurniaan pinjaman ini…..jauh di sudut hati si teruna terlalu riak dengan kurniaan ILLAHI….. kurniaan wajah yang kacak di gunakan sebaik mungkin…..andai ada insan ingin mencuba nasib ke atas nya, meluah perasaan yang suci terhadapnya….. akan di nilai dahulu  insan-insan itu…… si teruna hanya akan menerima pelawaan insan-insan yang cantik-cantik sahaja……sudah semestinya diri nya yang menawan hanya layak bersama gadis rupawan juga……

<text message>

Gadis rupawan: salam, ngah wat per? Bz ke?

Si Teruna: w’salam, x wat pa pew pun…. X bz…. Nape?

Gadis rupawan: dah seminggu kite berkawan, sy nak bagi tau sesuatu….

Si Teruna: ooowh….a’ah dah seminggu kita kawan….awk tak send pun lagi mms, apa kata awk mms gamba awk dulu??

Seketika kemudian…….

*tooot tooot*

1 picture message received



Gadis rupawan; saya dah send….maaf laaa tak secantik mana hehe

Si teruna: eeeeh sapa kata awk tak cantik….gorgeous sangat….suka tengok…..awk….saya dah lama jatuh hati kat awk….awk baik, cantik saya suka….! Ermmm awk sudi jadi girlfriend sy??

Gadis rupawan: hehe saya terima (^_^)

Setiap perempuan yang di-ayat si teruna akan hadapi nasib yang sama….hanya sebulan sahaja hubungan itu akan bertahan, selepas sebulan si teruna akan meng-ayat perempuan lain…..kegiatan si teruna ini amat licik…..untuk berpisah si teruna akan menjadikan diri nya seolah-olah mangsa curang kekasih nya…..oleh sebab girlfriend2 nya adalah dari gadis-gadis Hot jadi tiada masalah baginya menuduh gadis-gadis tersebut ada affair lain…..akhirnya berpisah….!!

Siapa yang pandang si teruna akan senang untuk jatuh hati…..pelajar yang cemerlang…mempunyai wajah yang kacak….. selalu ke surau atau masjid…..sudah semestinya tersenarai sebagai suami pilihan…..tapi alangkah indahnya jika semua peri laku itu adalah dari dirinya yang tulus ikhlas…..malangnya si teruna mendatangi surau dan masjid hanya semata-mata ingin menarik perhatian perempuan-perempuan sahaja….dari alam persekolahan hingga laaa ke Universiti……segala amal kebaikan nya adalah lakonan semata…..itu adalah tiket bagi menarik minat perempuan-perempuan kepada nya…..adalah satu kepuasan jika dapat memikat perempuan yang menjadi impian jejaka-jejaka…..

Sehinggalah………………………….

Doktor: puan minta bersabar…..kami sedang cuba sedaya upaya kami untuk menyelamatkan anak lelaki puan…..kami hanya berusaha puan…selebihnya kita serah kan sahaja pada yang Maha Berkuasa….kepada Nya sahaja kita harapkan….moga ALLAH memberi peluang pada nya….. dia masih muda…..

Mendengarkan kata-kata doktor itu tidak cukup menenangkan hati si Ibu…... anak lelaki nya telah terlibat dalam kemalangan yang mengayat hati…..melihatkan keadaan kawasan kemalangan….tiada siapa akan rasakan mangsa kemalangan mampu selamat……motosikal yang dinaiki si teruna telah bertembung dengan van putih…..secara tiba-tiba motosikal yang dinaiki si teruna hilang kawalan……bunyi dentuman yang amat kuat telah mengejutkan penduduk kampung setempat…..hasil dentuman itu si teruna tercampak jauh dari motosikal nya yang 98% hancur……
Hati ibu mana yang tidak sayu melihatkan anaknya yang seperti menunggu masa menyambut seruan Illahi…..keadaan si teruna amat nazak….si teruna koma….dan terus koma…tidak sedarkan diri selama berminggu…..selama itu laaa si Ibu dan ayah berdoa sekhusyuknya anak mereka akan selamat……” ya ALLAH ya Tuhan ku….sesungguhnya Engkau Maha Pengampun ya ALLAH….ampunkan dosa-dosa anak ku ini….dosa kecil dan dosa besar nya…..andai ada salah dosa anakku kepada kami, kami ampun kan, dan moga kemaafan kami mampu selamatkan anak kami dari di siksa dan dihukum ya ALLAH…..jika masih ada kesalahan, dosa si teruna terhadap manusia-manusia lain mohon di beri peluang kepada si Teruna untuk menebus nya kembali……jangan laaa ditarik nyawa nya selagi dia tidak beriman kepada mu Ya ALLAH…..andai sudah masa untuk nya…..mati kan laaa dia dalam keadaan beriman…..dan kami redha pemergian nya….amin ya rabal’alamin….”
  
Dengan kuasa dan ketentuan Illahi, sesungguhya ALLAH Maha Mendengar, doa tulus ikhlas si Ibu dan Ayah didengari dan Alhamdulillah di makbulkan…..akhirnya si teruna sedar dari tidur yang amat panjang…..

Sedar dari koma, si teruna sedikit demi sedikit mula berubah…..dosa-dosa yang dilakukan nya dahulu terasa amat berat….tidak termampung oleh nya..! acap kali si teruna menangis mengenangkan dosa-dosa nya…..setiap kali terkenang, lafaz istighfar di sebut sebanyak mungkin…..memohon keampunan kepada yang Maha 
Pengampun……malam-malam nya diisi dengan amalan-amalan sunat…..bersugguh ingin suci dari dosa-dosa yang lampau…..berusaha membuang! Melawan! Perasaan riak, takbur, dengki di dalam dirinya…..sifat-sifat mazmumah yang mampu merosakkan diri…..menjauhkan diri daripada ALLAH……tiada lagi kegiatan-kegiatan meng-ayat perempuan di lakukan…..si teruna merasa sangat menyesal….! Rasa bersalah menikam jiwa…..kata maaf di pohon kepada semua yang pernah menjadi mangsa nya…..dengan seikhlas nya si teruna memohon maaf…..jadi kembali ke kampung adalah keputusan yang tepat…..mengelak diri dari terlibat ke kancah dahulu…..

Di kala petang selepas Asar….. terdetik di hati si teruna untuk ke pekan…..niat di hati ingin mencari kuih muih untuk dijadikan santapan minum petang….. ingin meringankan beban si ibu, si teruna pun menawar diri untuk ke pekan bagi mencari sedikit kudapan…..

Sesampai sahaja si teruna ke pekan itu…..terasa sungguh lama sekali tidak menjejakkan kaki ke pekan kecil ini…..sudah banyak yang berubah…..lalu si teruna melangkah menuju gerai-gerai kecil itu…….ketika melangkah ke gerai-gerai kecil yang menjual kuih…..tiba-tiba langkah nya terhenti kala memandang seorang  hamba ALLAH bergelar wanita membeli sesuatu di salah satu gerai yang ada di situ…. Si teruna hairan kenapa hati nya berdebar-debar melihat gadis itu…..padahal gadis itu sangat biasa rupa parasnya….tidak serupawan gadis-gadis yang pernah menjadi miliknya…..tapi hati dan jiwa nya meronta-ronta, berdebar, malah nafasnya terasa sesak…semput….tapi kenapa??

*****************************

Alhamdulillah selesai sudah upacara akad nikah…..kini si teruna dan si gadis sah menjadi suami dan isteri…..terbukti kini lelaki baik bagi perempuan yang baik…..kini mereka bersama melayari bahtera keluarga…..setiap detik terasa bahagia…..si suami dan si isteri memanjatkan setinggi-tinggi nya rasa syukur ke hadrat Illahi…..sungguh indah….sungguh menarik ketetapan yang telah di tulis untuk mereka…..rezeki keluarga murah dengan izin ALLAH si suami dengan jayanya menjadi Jurutera yang masyur….. si istri telah menjadi guru yang digemari pelajarnya…..setiap hari dilalui dengan indah….walaupun begitu tidak sesekali mereka melupakan untuk berasa syukur…..ibu bapa kedua-dua nya juga turut merasa gembira dan kebahagian si suami dan si istri…..

Doktor: tahniah puan….puan di sah kan mengandung….sudah 2 bulan kini….!

Mendengarkan khabar gembira ini bertambah rasa bahagia di hati…..si suami yang mendengarkan khabar gembira ini….di sebarkan kepada semua orang…..semua orang tumpang gembira…tidak kurang juga ucapan tahniah yang diterima oleh si suami…..

Si suami: syg nape wat kije-kije berat nie….. ?

Si istri: berat apa nya abg aaaai…. Sidai baju jer….bukan saya nak mencangkul ker….hehehe

Si suami: amboi dia….tarik hidung tu kang….hahaha dah syg gi depan rehat….cuti-cuti nie duk rehat jaaa…biar abg wat semuanya!!

Si istri: hehehe tak sedap laaa syg nak duduk saje kat depan tuh….tak semestinya syg mengandung syg kena duk saja jaaa….kita wat sama-sama yaaa…(^_^)

Si suami: (sambil cubit manja pipi si istri) ye laaaa sayang abang nie….nie yang wat abg tambah sayang lagi kat ayg nie…..hahaha mesti anak nie rajin macam umi nya….

Si istri: a’ah bijak macam ayah nya….baik macam ayah nya…..kacak macam ayahnya juga….hahaha

Begitulah masa-masa mereka di isi….penuh kebahagian….walaupun ada juga ketika terasa hati, gaduh-gaduh….sudah biasa….almaklumlah itu laaa rencah berumah tangga……

Detik demi detik berlalu…..usia kandungan juga bertambah….sehinggalah……

Si istri: abang….!!! Syg dah tak tahan nie….dah tiba masa nie….abg kat mana??

Si suami: ya ALLAH! Abg kat pejabat nie….masa macam nie mesti jam….abg takot tak sempat nak balik….macam mana nie??

Si istri: Tanya kita pulak….cepat laaa bang….sakit sangat dah….!! Ayg takot nak bawa keta macam nie gaya…..ayg minta izin abg minta sapeah hantarkan yaaa….

Si suami: ya! Ya! Ya! Sat gi abg teros gi hospital….syg bawa bersabar…kawal pernafasan macam kita praktiskan….

Si suami bergegas menuju ke hospital….dalam kereta si suami hanya mampu berdoa moga si anak dan si ibu selamat…..seperti yang disangka…..masa-masa sebegini pastinya akan jam….semua pekerja ingin bergegas pulang ke rumah….dan ketika si suami ingin membelok ke simpang……  

*DUSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSHHHHHHHHH!!!!*

Siren ambulans yang membingitkan itu telah membuka laluan bagi kenderaan kecemasan itu bergegas ke hospital…..di dalam nya terdapat lelaki yang amat parah…..para paramedic sedaya cuba mengawal keadaan si lelaki….sementara tiba di hospital tersebut…..

Manakala di hospital pula….si istri sedang berhempas pulas bertarung nyawa bagi melahirkan zuriat, amanah ALLAH yang akan dijaga sebaik mungkin oleh si suami dan si istri….walaupun pelbagai kesulitan di hadapi….doktor sedaya upaya mengawal keadaan…di luar yang menunggu adalah keluarga si istri dan keluarga si suami….masing-masing cuba untuk hubungi si suami…..sehingga kini masih tidak kelihatan si suami…..naluri si ibu kuat mengatakan sesuatu terjadi telah terjadi kepada anak nya…..perasaan yang sama ketika suatu masa dahulu….bertambah risau si ibu apabila panggilan hanya di sahut oleh peti mel suara…..

Setibanya ambulans di hadapan hospital….bergegas para paramedic membawa masuk si lelaki ke wad kecemasan…..si lelaki yang masih sedar tak sedar itu….menarik tangan seorang paramedic, dan membisikkan sesuatu….

*****************************

Doctor, jururawat, keluarga ke dua-dua belah pihak hampir menitiskan air mata….melihatkan si bapa dalam keadaan parah sedaya upaya untuk duduk dan memeluk dan mencium anak pertamanya….. dan dengan saki baki tenaga yang ada, si bapa mengalunkan azan ke telinga si anak….kedengaran amat syahdu alunan itu….azan kali nie terasa beza nya….lunak suara si bapa mampu membuatkan segenap ruang turut merasai betapa hebat kasih sayang si bapa terhadap anak nya…..semua yang berada di ruang itu merasa sangat sebak….si istri sudah mula teresak-esak….penat melahirkan seolah-olah hilang apabila mendengarkan alunan azan si suami…..tidak ingin mengakui ini mungkin azan terakhir yang akan didengari si istri…..selesai azan dibisikkan, si bapa mencium si anak dengan penuh kasih sayang….dan di sambut pula si istri akan anak itu….mata si suami dan si istri bertautan…..seperti ketika kali pertama mata mereka bertautan….syahadah di lafazakan dan longlai tubuh si suami di sebelah si istri….seperti si suami tidur di bahu si istri….. Ibu dan ayah si suami redha dengan pemergian anak mereka….sepertimana pernah mereka niatkan dahulu….andai ALLAH ingin mengambil nya ketika  si teruna ikhlas beriman dan telah bertaubat kepada  ALLAH jadi mereka redha….. 

p/s: weyyy nie cita hanya rekaan semata-mata....tiada kena mengena ngan siapa-siapa..sama ada hidup, nazak, koma atau sudah tiada....hehehe lagi satu maap laaa kalu cita nie ntah pa pe wat penat hmpa jaa baca....krakakaka....ada idea aku tulis laaa..ada komen?? silakan di alu-alu kan....hehehe so last word from me Hidup Mau Cool....cau world asalamualaikum






No comments:

Post a Comment