Monday 30 January 2012

Whatever??!!








AKU BEKERJA SEKARANG.....!! CUTI SEBULAN?? BERLALU MACAM TU SAHAJA.....
 (NAK BALIK....!!!)







Thursday 19 January 2012

Persoalan Mengenai Ceritera???

ASSALAMUALAIKUM

Bagi sesiapa yang telah membaca cerita yang sudah aku karang kan...

mungkin ada sesetengah dari anda...yang sudah mengenali aku...Nadroul Afidi yakni sahabat-sahabat aku...tau, faham akan diri ku ini....seorang yang sempoi jaaa.. jenis berlagak macho (berlagakl jaaa! hehe)...menolak segala perkara yang feminin....lagi-lagi warna pink (ermmmm no komen).....menolak semua kisah-kisah novel mahupun cerpen cinta.... dan sangat tak bape nak 'in' ngan benda-benda yang manja nie....okeh...serba sedikit di situ....

sebenarnya aku saja suka-suka tulis cerita itu....idea muncul masa aku nak study Plant Systematic...waaaah bagus kan aku?? ahahahaha Alkisah Teruna dan Dara tuh mengenai seorang lelaki yang terserempak dengan seorang perempuan kat satu pekan nie....perempuan tuh biasa-biasa jaaa....macam aku tak cantik mana laaa....lelaki tuh lak kacak benor...ramai laaa peminta yer....jadi dia minta mak ayah dia pinangkan perempuan tuh untuk dia....jadi nak dijadikan cerita...perempuan tuh pernah laaa "crush" ngan laki tuh....tapi dia pendam lama....akhirnya mereka pun bernikah.... sampai sini macam lame jer kan cerita dia...so aku  tambah laa bebearpa situasi yang boleh membuatkan hampa agak-agak nak jadi apa....hehehe misteri laa konon...! tapi kalau manusia yang dah biasa dengan ceritera melayu, novel-novel, cerpen-cerpen mungkin dah bole agak macam mana cerita....kihkihkih

 dan seterusnya kisah Anas Budak Kampung Sebelah.... soooooo tak da idea nak letak tajuk apa....disebabkan aku asa ayat Anas Budak Kampung Sebelah tuh ntah bape banyak kali disebut berulang kali dalam cerita, jadi aku pun dengan selamba, sesuka hati, secukup rasa Maggi aku letak tajuk Anas Budak Kampung Sebelah....dan cerita ini pula mengenai sorang perempuan yang kena paksa kawen...waaa such a lame story...aku tak kisah cerita aku...! hehehe aku pasan cerita kawen-kawen paksa nie mesti jadi perhatian....suma suka cerita kawen-kawen paksa nie kan...sebab antara lelaki dan perempuan yang bakal di nikahkan tidak mengenal antara satu sama lain...jadi nya proses mengenali antara satu sama lain itu laa menjadi daya tarikan untuk semua orang membaca nya...malangnya kisah aku tidak seperti itu...ada beberapa benda yang terjadi...sedikit twist, tambah beberapa watak yang menarik, dengan background tempat yang menawan...kisah ini bagi aku sangat menarik....

 cerita nie pelik sikit...aku dapat idea dari kawan aku....pada asal nak cerita sal Gadis dan Haiwan kesayangan...last-last jadi macam nie...tapi apa boleh buat aku bukan penulis profesional...saja nak tambah bahan lagha dalam blog aku...wakakaka....oowh pelik nya aku dapat masa petang, lepak-lepak dengan budak-budak umah aku laaa....mula-mula main-main jaaa...ntah tiba-tiba duk main-main tuh terpanjang lak apa yang aku tulis..dah tu cangak(tunggu) lagi...! perabih aaar...haahahaha

Jiwang??

okeh sal ada part-part jiwang tuh...biasa laaa kan...takkan pengantin baru nak skema-skema lak...hehehe cerita pertama Alkisah Teruna dan Gadis macam Islamic sket laaa..tak banyak sikit jaa....mai part Anas Budak Kampung Sebelah langsung tak bape nak Islamic...adoyai...dua jenis yang berbeza....tapi tak pe laaa..mungkin nie last cerita...tapi yang penting nie yang pertama dan kedua....kalau ramai yang minat...aku akan cuba karang lagi..hehehe

p/s: aku ada idea sebegini sebab, kawan aku....dia ada banyak cerita, dah tulis banyak cerpen tapi satu pun dia tak bagi owang lain baca....aku asa cerita dia lagi menarik...kalau dia terasa masa baca entry nie...aku minta maaf wey...!!! jangan segan nak bagi orang lain baca...apa salah nya....hahahaha so like always last word from me Hidup Mau CooL....arios wasalam... 


Tamat Sem 1, 2011/2012

ASSALAMUALAIKUM

yeaaaaayyyyyy!!! dah abeh exam..!! sangat gembira rasa hati tatkala paper last iaitu Plant systematic selamat di jawab dan dihantar.....ALHAMDULILLAH..... so dah stat cuti...besok bole bangun lambat-lambat...hahaha (ada hari bangun awal ka?) tak kisah...yang aku kisah sekarang aku nak wat apa cuti nie....apa rancangan aku yaaa....memandangkan anak Encik Razak nie bertekad untuk tidak pulang ke kampung halaman...atas alasan nak mengurangkan perbelanjaana bapak nya....tapi malangnya tempoh hari telefon bapa (opppps miscol jaa bapak yang col) terlanjur biacara meminta wang bagi membayar sewa rumah untuk bulan Februari...

"sesungguhnya kau Nadhirah adalah manusia yang sangat tidak berguna....kerana niat asal mu bekerja adalah bagi menampung perbelanjaan rumah sewa kamu itu....tapi apakah tujuan kau meminta lagi wang daripada ayah mu....?? "

adoyai aku buntu...!! aku buntu kerana semua tempat yang aku tanyakan untuk mencurah tenaga, tidak memberi kata putus yang muktamad...aku buntu! buntu sangat!! aku risau yaaa manusia sekalian. aku risau andai aku tidak mendapat sebarang perkerjaan aku tidak mampu untuk membayar duit sewa....jadi alang-alang bapa aku tepon tempoh hari jadi...lidah ini lancar berbicara meminta wang.....hurmmmm tidak berguna....!!

"wahai hamba ALLAH yang bernama Nadhirah, kau sangat terok! lebih baik sahaja kau pulang juga...kenapa bertekad kalau tak mampu nak teruskan....??"

InsyaALLAH...aku akan berusaha sampai ke titik yang terakhir...aku takkan putus asa....aku akan cuba juga walau bagaimanapun...aku akan buktikan aku disini bukan laaa satu perkara yang sia-sia....doakan aku wahai sahabat....aku nantikan kepulangan semua di sini...masih setia menunggu di sini....

Tuesday 17 January 2012

Whatever!!!!







TIBA-TIBA AKU TERASA SERABUT DENGAN ENTRY AKU YANG PANJANG-PANJANG ITU....KENAPA AKU TULIS CITA PANJANG-PANJANG....ADOYAIIII.....!!!





 

Anas Budak Kampung Sebelah


Pada suatu hari yang cerah dan indah, 

seorang gadis yang tinggal di hujung kampung yakni anak kepada Haji Razif sedang berjalan-jalan di kawasan hutan…..gadis yang sungguh rupawan! Ayu! Malah sopan tingkah laku nya yang bernama Aina, telah membuat keputusan untuk mencari ketenangan di dalam hutan bagi meredakan rasa resah dan gelisah atas sebab paksaan keluarga yang ingin mengahwinkan si gadis bersama lelaki yang tak dikenali nya apa tah lagi dicintai nya……

Ketika berjalan-jalan di pinggir sungai, si gadis terserempak dengan jejaka kacak di seberang sungai, yang sedang memotong kayu dengan gagahnya…..jejaka itu hanya dikenali sebagai Iwan yang tinggal bersama ibu nya yang tua dan ayah yang kesakitan…..mereka hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tak kais tak makan….sungguh sadis kehidupan si jejaka….berbeza dengan kahidupan si gadis yang mana sentiasa dilimpahi dengan kemewahan…..tidak pernah satu hari pun dalam hidup nya dia merasakan kesusahan hidup….tiap-tiap hari si gadis akan disajikan dengan makanan yang mewah-mewah….oleh sebab keadaan keluarga yang sangat tinggi tarafnya…..jadi keluarga si gadis ingin mengahwinkan si gadis dengan jejaka di kampung sebelah yang bernama Anas…..

Si Ayah: ayah tidak kira…kakak kena juga berkahwin dengan Anas budak kampung sebelah…..keluarga nya sahaja yang layak dengan kita…..kita kena kekalkan status keluarga kita….! Jangan jadi anak derhaka kakak…! Perintah ayah wajib dipatuhi…!!

Si Gadis: tapi ini tidak adil…!!! Kenapa ayah yang kena tentukan siapa yang patut kakak berkahwin….kakak ada pilihan sendiri….!!

Si ayah: siapa???

Si gadis: (senyap)…….

Si ayah: kalau kau ada pilihan sendiri….bawa teruna tuh ke rumah sebelum malam purnama kelak….jika tidak….akan aku kahwinkan juga kau dengan Anas budak kampung sebelah….!!

Mendengarkan titah ayahanda si gadis khuatir….siapa yang patut si gadis bawa untuk bertemu dengan ayah nya? Diri nya sendiri tiada peluang untuk mengenali mana-mana teruna di kampung tersebut…..Oleh sebab kebuntuan yang menerjah ke dalam benak nya….. si gadis berjalan-jalan di hutan bagi mencari jawapan…..

Si jejaka yang terlihat si gadis berkeliaran tanpa arah di dalam hutan, menegur nya dari belakang…..si gadis tersentap lanteran  terdengar suara macho yang menegur nya…..

Si jejaka: apa yang cik wat kat  sini? Sini sangat bahaya….tidak manis rasanya seorang dara berjalan keseorangan di dalam hutan ini….

Si gadis: saya tidak tahu macam mana saya boleh sampai ke sini….saya hanya nak berjalan-jalan meredakan resah di hati…..

Si jejaka: setiap masalah pasti ada penyelesaiannya….

Si gadis: itu yang saya nantikan…..

Si jejaka dan si gadis duduk di atas bongkah batu yang besar berdekatan sungai yang sangat jernih, kelihatan ikan-ikan berenang-renang mengikut rentak alunan sungai tersebut…. Si gadis pun menceritakan perihal diri nya kepada si jejaka….masalah yang di hadapinya…siapa Anas….dan ketidak-mahu-an nya menikah dengan budak kampung sebelah…..dan pertelingkahan si gadis dengan si Ayah…..dan paling utama perjanjian yang di lakukan oleh si ayah dan si gadis…..siapa yang si gadis perlu bawa untuk berjumpa dengan si ayah……

Faham laaah jua si jejaka maksud tujuan si gadis di kawasan hutan itu…..apa sahaja yang boleh dilakukan oleh si jejaka ketika itu….hanya mampu mempamerkan rasa simpati…. Dan menenangkan hati si gadis yang gundah itu…..

Siang hampir melabuhkan tirai dan mengalu-alukan kedatangan malam bersama bintang…..pulang si gadis ke rumah hanya di sambut dengan pandangan dingin si ayah….si ibu hanya mampu berdiam diri….kata-kata si ayah tidak berani di ingkari nya…..andai itu yang dikehendaki si ayah….sepatutnya di lakukan….kalau tidak murka yang akan diterima…..sebagai anak…si gadis tidak berani untuk mengingkari kata-kata si ayah….tapi dalam isu rumah tangga kalau boleh biar laaa si gadis berkahwin dengan lelaki yang sekurang-kurang nya dia kenal….walaupun tidak mencintai si lelaki…..Siapa sahaja Anas budak Kampung sebelah….. mendengarkan nama nya sahaja dah terasa sangat menjengkelkan…..andai mahu selamat si gadis perlu segera mencari calon lelaki untuk dibawa berjumpa si ayah…..!! soalan yang muncul sekali lagi..tapi siapa???

Keesokan hari nya….pagi-pagi lagi si gadis keluar ke pekan untuk mencari bahan-bahan untuk di masak sebagai juadah tengah hari….ketika di pasar, si gadis di tegur oleh seseorang….suara nya pernah di dengari…..apabila si gadis toleh ke arah suara……

Si gadis: eeeh Fitri….lama tak nampak….bila balik?

Fitri: semalam baru sampai….aina sihat?

Si gadis: Alhamdulillah sihat….berapa lama cuti?

Fitri: entah laaaa…..habis dah kije nya kat Bandar….sekarang duk kampung laa plak….nak cari calon istri…..hehehe

Si gadis: ooowh bagus laaa….

Setelah berbual sekejap, si gadis pun meminta diri untuk pulang….dan mereka pun kembali ke haluan masing-masing…..dalam perjalanan ke rumah…. Si gadis teringat-ingat kata-kata Fitri “nak cari calon istri??” dalam perkiraan si gadis, “andai baru nak cari calon istri maksud nya line kosong…..jadi nya kalau fitri aku bawa pulang ke rumah berjumpa dengan ayah mau kah si fitri? Lagi pula Fitri jauh lebih baik dari Anas budak kampung sebelah yang entah siapa-siapa, sekurang-kurangnya aku kenal si fitri, lama juga aku berkawan dengannya, sejak sekolah menengah, fitri pun tak kurang kacak nya hahaha” sepanjang perjalanan ke rumah si gadis berangan-angan bagaimana perancangan yang akan dilakukan oleh si gadis bagi “melamar” Fitri.

 ********************

Fitri: aku ingat gadis di bandar sahaja yang terdesak nak berlaki….aku tak sangka di kampung pun begini juga….maaf laaa Aina aku tak dapat nak tolong kau….aku anggap kau sebagai kawan aku sahaja….aku ucapkan kau selamat Berjaya yaaa…

Waaaaah tak sangka si gadis begini rupanya rasa di tolak…. Mungkin perasaan yang sama juga akan dirasai Anas budak kampung sebelah….tapi dia peduli apa….hidup nya biar dia yang tentukan….walau jodoh di tangan Tuhan tapi biar laaa bakal suami nya nanti adalah manusia yang mampu membuatkan hati nya dibuai dengan asyiknya cinta…..yang penting sekali lelaki itu adalah pilihannya….
Sesudah di-reject oleh fitri…dengan hati yang sayu dan sedih…si gadis kembali berjalan-jalan di dalam hutan…mencari ketenangan dan rancangan baru….

Si jejaka: eeeh cik tempoh hari….masih rasa resah?

Si gadis: yaaa laaa….semalam dah kena reject ngan mamat satu sekolah dulu….macam mana nak wat nie….saya tak nak kawen ngan Anas budak kampung sebelah….

Si jejaka: kenapa tak nak kawen ngan Anas tuh? Buruk kah rupanya?

Tiada jawapan dari si gadis…..si gadis pun tidak pasti kenapa si gadis tidak hendak berkahwin dengan Anas budak kampung sebelah….dalam perkiraan si gadis Anas mungkin sama jaaa dengan anak-anak orang kaya yang lain…..bangga dengan usaha bapa mereka dan bukan nya kekayaan itu usaha mereka sendiri…..hanya tahu untuk bersuka ria…tidak pernah merasa sengsara dan susah payah untuk mencari secupak nasi….si gadis tak nak lelaki sebegitu….lelaki sebegitu manja…! Takkan dapat membahagiakan si gadis….

**************************

Semakin hari semakin si gadis gelisah…..malam purnama makin mendekati….perjanjian si anak dan si ayah bakal di tentukan kelak….sama ada si gadis selamat bersama pilihanya atau akur arahan si ayah yang mahukan si gadis berkahwin dengan Anas budak kampung sebelah….ketika menyibukkan diri dengan kerja dapur bagi menghilangkan bebanan masalahnya itu, si gadis terima kunjungan adik angkat yang disayangi, Amani nama di beri…..

Si gadis: lama sudah Amani tidak datang ke sini…ke mana Amani pergi?

Amani: Amani jumpa abang di Bandar Timur….tinggal disana beberapa tika…sahaja mencuba nasib untuk berkerja di sana….

Si gadis: abang kamu yang mana pula?

Amani: ooowh abang yang ke-2, Haris namanya…..sekarang dia ada di rumah….kami pulang bersama 2 hari lepas….bulan depan dia akan kembali ke Bandar Timur…..

Si gadis: eeeer Amani….. kalau kak Aina nak berkenalan dengan abang kamu tuu….bole ker?

Amani: (senyum)…….

Senyum bagi perempuan kan tandanya setuju….lalu berkenalan laaa si gadis dan Haris…. Pertama kali bertautan mata dengan Haris, si gadis dapat merasa debaran di dada…. Walau pun luaran Haris kelihatan seperti lelaki biasa…dengan potongan rambutnya yang kemas, penampilan yang sentiasa kemas, tidak selekeh….senyuman yang mampu menyentap jantung si dara….cukup bagi si gadis pada tahap ini si gadis merasa sangat bahagia….dan diri nya yakin Haris adalah pilihanya…..jadi nya sebelum purnama akan si gadis bawa Haris untuk berjumpa si ayah….. 2, 3, 4, 5 kali mereka bertemu….setiap masa lapang diisi bersama…. Satu hari tidak ketemu merasa hari nya tidak lengkap…..ke taman, ke pekan bersama…..sehingga laaaa pada suatu petang…..

Haris: Aina….abang ada sesuatu ingin katakana pada 
Aina….sesuatu yang penting…..mengenai kita berdua…..

Si gadis: (senyap & senyum)….

Haris: abang patut terus terang pada Aina awal-awal…. Saat abang Nampak Aina….abang suka lihat Aina, Aina kelihatan sungguh sopan….ayu di mata abang….sesiapa yang mendapatkan Aina sebagai suri hidup nya cukup bertuah lah manusia itu……

Si gadis: (berdebar-debar…) terima kasih abang…. Aina biasa-biasa jaa laa….

Haris: abang sebenarnya…..dah bertunang dengan gadis hujung kampung sebelah…..maafkan abang…..

TAAAAANGGGGGGG!!!!!!

Seolah-olah seketul bongkah besi jatuh atas kepala si gadis…..kecewa lagi untuk kali ke-dua….tidak disangka Haris yang sudah cukup sempurna itu adalah hak perempuan lain….dari kampung sebelah juga….apa laaa nasib diri nya….petang juga si gadis berlari ke hutan dengan niat ingin berjumpa si jejaka….hati nya terasa sangat pedih…..dia perlukan seseorang untuk mendengar rintih nya…..sejak kali pertama si gadis bertemu si jejaka…..si gadis merasa senang dengan si jejaka…..sentiasa ada ketika si gadis perlukan seseorang…..si gadis mengangap si jejaka sahabat nya yang baik……

Seperti sudah ketahui si jejaka setia menanti si gadis di bongkah batu yang sama di tepi sungai…..lalu di ceritakan kisah si gadis kepada si jejaka…..

Si jejaka: jadi sekarang apa yang awak nak buat? Dah banyak kali awak dikecewakan….tiap kali itu juga awk akan ke sini…..

Si gadis: awak tak suka saya datang ke sini?

Si jejaka: eeh bukan begitu Aina…..

********************

Si gadis: ayah kakak minta maaf…..kakak akur dengan keputusan ayah…..kakak terima pinangan Anas budak kampung sebelah…..

Si ayah: Alhamdulillah, syukur…..ayah tau apa yang terbaik untuk anak ayah…..

Lalu selepas beberapa bulan….setelah pelbagai persiapan di lakukan….hari yang dinanti-nantikan pun tiba…..hari pernikahan antara Aina dan Anas…… sungguh indah persalinan Aina yang berwarna putih bersih dengan secalit hiasan muka sudah membuatkan Aina pengantin paling cantik di kampung itu…..sudah semestinya perkahwinan antara 2 keluarga yang masyur dari kampung masing-masing akan disambut dengan begitu meriah…..di luar rumah sudah sibuk makcik-makcik dan pakcik-pakcik tak kurang juga tenaga muda turut mencurah tenaga dalam majlis besar-besaran ini…..

Pernikahan dilakukan di rumah pengantin perempuan…..berwalikan si ayah….si gadis tunduk redha dengan keputusan bapa nya…..jauh di sudut hati si gadis redha dengan siapa sahaja Anas itu…..siapa bakal suami nya…..si gadis menyerahkan semuanya pada Illahi…..

“Aku terima nikah nya Aina Rasyika binti Mohamad Razif dengan mas kahwin 80 ringgit tunai….”

Berderai titisan air mata yang dipekung tadi….menahan sebak, menerima kini Si gadis sah menjadi isteri kepada Anas budak kampung sebelah…..sejak dari tadi si gadis tidak mengangkat muka nya…..tunduk sahaja memandang tangan nya…..sejuk rasa tangan nya….kini tiba masa si suami untuk upacara pembatalan wudhuk…..dalam tika tunduk itu si isteri nampak si suami duduk di hadapanyya….lutut mereka seperti akan berlaga….hendak sahaja si isteri melarikan diri….dah nikah dah laaa jadi dia bole keluar dan menjalani hari-hari nya seperti biasa……alangkah indah nya kalau begitu reality nya….malangnya si isteri akan bersama si suami hingga akhir hayat…..

Suara-suara: Aina sarung cincin ke jari suami mu nak…..

Si isteri hulur kan tangan dengan paksa rela….muka nya masih tunduk…..dengan lemah lembut si isteri menyarung cincin ke jari si suami….terketar-ketar tangan nya….sejuk nya sahaja tak perlu di katakan lagi…..selesai si isteri mencium tangan si suami…..

Suara-suara: giliran Anas pulak sarung cincin kat Aina…..awat cek duk tunduk muka jaaaa…..lekas hulur tangan kat Anas…..

Suasana situ sungguh meriah….gelak tawa tetamu, ibu bapa, sanak saudara semuanya tidak didengari si isteri, yang dia tahu selesaikan benda nie cepat……tangan si isteri di raih….si suami menyarung cincin ke jari manis si isteri…..muka si isteri di angkat…..si suami menatap muka si isteri yang sah menjadi milik nya….mata si isteri tutup, enggan di buka…tetapi si suami masih juga menatap wajah si isteri…..masih lagi mengangkat muka si isteri…. Orang-orang sekeliling mula berbisik-bisik, ada juga yang ketawa mungkin merasa kelakar dengan keadaan pengantin yang malu-malu nie…..masih dalam keadaan yang sama sehingga laaa si isteri membuka matanya…..Anas tahu Aina tidak suka berkahwin dengan nya….Anas tahu bagaimana Aina mengangap Anas….budak manja…! Selagi Aina tidak memandang muka nya tika itu….Anas tidak puas hati….biar Aina tahu dengan siapa Aina berkahwin…..siapa kini suami nya….
Saat mata Aina di buka….mata Aina dan Anas bertautan…..

“ya ALLAH…..Iwan??????”

***************************

Aina: sudah laaa ketawa tuh….seronok sangat pula…..!

Anas: hahahahahahaha dah tuh yang awak pengsan terus lepas buka mata kenapa…..macam nampak hantu jaaa…kelam kabut semua tau tak….tak sempat saya nak cium dahi awak tadi…..

Aina: padan muka! (mencebik)

Anas: abang minta maaf yaaa sayang…..sebab tak beritahu hal sebenar, siapa abang sebenarnya sejak kali pertama kita jumpa…..abang pun tak sangka abang bole jumpa Aina kat situ…..

Aina: aina ingat abang tinggal kat situ…bukan yer….

Anas: abang Cuma tolong orang tua tu jer….mereka kehilangan anak mereka…jadi tiada siapa yang menjaga mereka kini…..ermmmm jadi kan sayang…..ley sambung scene siang tadi?? Hehehe

Begitu laaa kisah si gadis dan si jejaka….oooowh nama si jejaka sebenarnya….Mohd Anas Eirwan….orang tua di hutan tuh memangil Anas dengan nama Iwan sebab sama dengan nama anak mereka…..akhirnya sigadis dan si jejaka hidup aman damai selamanya…..

p/s: masuk nie dah 2 cita aku wat..sume gara-gara study tak masuk kuar benda nie..hahaha kisah ini tiada kena mengena dengan yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia….nama watak dalam cerita ini hanya di ciplak dari manusia-manusia sekeliling saya….semoga semua enjoy dengan alkisah ini….last word from me Hidup Mau Cool….





Alkisah Teruna dan Gadis

Di sebuah kampung yang aman damai……

Si teruna : Ibu tadi saya terserempak dengan seorang gadis yang amat cantik paras rupanya, lemah lembut perwatakannya…. Ayu sungguh cara nya….

Ibu hanya mendengar dan senyum dengan apa yang anak teruna nya katakan….
Tambah si teruna………..

Si teruna: jadi ibu,, boleh tak ibu tolong pinang  gadis di hujung kampung itu  bagi pihak saya? Saya yakin gadis itu akan menjadi suri hidup saya yang terbaik, ibu kepada anak-anak saya dan insyaALLAH bersama sehingga akhir hayat nanti….malah hingga kehidupan yang abadi…

Ibu senyum dan mengangguk…….jadi keesokannya ibu dan ayah, bersama si teruna pergi laaa ke rumah hujung kampung…..sesampai sahaja di rumah tersebut, kelihatan si gadis yang dikatakan si teruna tempoh hari sedang membersihkan laman rumah nya….terlihat tetamu yang menuju ke rumahnya, si gadis senyum dan menunggu tetamu itu berjalan menuju ke tempat nya berdiri….. si teruna yang melihatkan senyuman si gadis hampir gugur jantungnya…berdebar rasa….makin bersemangat si teruna ingin menjadikan si gadis sebagai suri hidup nya…..

Si Ayah: Assalamualaikum….. ayah ada di rumah?
Si Gadis: Waalaikumusalam….. ada di atas….jemput laa naik ke atas rumah….

Lalu melangkah masuk laaa si teruna dan keluarga ke rumah si gadis….sangat kemas dan cantik keadaan rumah tersebut….lalu dipelawa duduk tetamu tersebut….manakala si gadis dengan sopan meminta diri ke dapur…..seberapa detik kemudian, si bapa gadis mampir ke ruang tetamu itu…. Salam diberi dan disahut serentak oleh tetamu itu…..

Dipendekkan cerita niat disampaikan….tujuan dijelaskan….rasa hati diluahkan…. Si gadis dalam terkejut memanjatkan setingginya rasa Syukur ke hadrat Illahi atas ketentuan ini….kerana dalam diam si gadis sebenarnya telah lama menaruh hati pada si teruna…..telah lama si gadis perasan kehadiran si teruna….tapi dipendam sahaja perasaan itu….siapakah si gadis untuk si teruna? Merasa diri amat tidak sesuai dan sepadan dengan si teruna….tidak disangka, permintaan ibu nya yang kepingin makan cucuq udang di sebuah gerai kecil di pekan menjadi titik tolak penentu jodohnya….di pekan itulah si teruna terlihat si gadis…..

Kisah si Gadis…..


Pada suatu masa yang amat dahulu……
Si gadis bergegas pulang ke rumah sesudah sesi persekolahan….. mengikut perancangan si gadis dan rakan-rakan akan mengadakan pembelajaran secara berkumpulan di perpustakaan yang terletak di dalam pekan….setelah mandi, makan dan solat Zohor, si gadis pun berbasikal laa ke perpustakaan….di sana nanti si gadis akan berjumpa dengan rakan-rakan nya….. sesampai nya si gadis di perpustakaan itu, terus sahaja si gadis masuk ke perpustakaan dan mencari meja yang bersesuaian mengikut bilangan rakan-rakan nya nanti…..nampak nya rakan-rakan nya tidak sampai lagi…..

Sambil menanti hadirnya rakan-rakan si gadis…. Si gadis pun duduk senyap-senyap di tempatnya sambil mata melihat karenah manusia-manusia di situ….pelbagai gelagat manusia yang dilihatnya……sungguh ramai manusia ketika itu…. Kebanyakkan nya pelajar-pelajar sekolah menengah….dan yang pastinya dari sekolah si gadis….tidak kurang juga yang ada adalah pasangan-pasangan yang masih bersekolah menggunakan perpustakaan ini sebagai port melangsai rindu masing-masing…..(padahal kat sekolah jumpa jaaaa..!)

Masih setia menanti rakan-rakan nya…si gadis terpandang satu susuk tubuh yang melangkah masuk ke ruang perpustakaan itu….entah kenapa terasa debaran yang amat dasat dalam dirinya…. Mata seperti tidak mahu teralih dari melihat wajah yang sangat bersih itu, sungguh tenang wajah si jejaka…..dalam menatapi wajah si jejaka yang melangkah di hadapanya….. mata mereka bertautan….menambah getar di hati si gadis…… tapi tautan itu hanya bertahan selama beberapa saat sahaja…..si gadis tak mampu lagi menatap wajah si jejaka….hati nya terlalu bergetar, membuatkan wajah nya merasa panas, tangan mengeletar, menjadi sangat tak keruan….. pada masa itu juga akan-rakan nya sampai seorang demi seorang…… melihatkan keadaan itu rakan-rakan 
mula menanya kenapa…..hanya senyuman dan gelengan sebagai jawapan…..

Sejak itu persoalan siapa si jejaka itu berlegaran di fikiran nya….. demi mencari jawapan…. Tiap-tiap hari Jumaat si gadis akan ke perpustakaan dengan harapan akan menemui jawapan nya….. seperti yang disangka….si jejaka akan ke perpustakaan setiap hari Jumaat….. setiap kali si gadis nampak si jejaka…..perkara yang sama akan terjadi…..sehingga laaa rakan yang menemani si gadis perasan akan perilaku si gadis…..

Rakan:  namanya Teruna, sekolah kat Bandar….. sekolah biasa jaaa….sama baya dengan kita…. Keluarga dia orang baik-baik, kuat pegangan Agama…..duk satu kampung dengan kita…..

Mendengar penjelasan si rakan, si gadis rasa sangat rendah diri……melihat perilaku si teruna yang sangat baik itu membuatkan nya rasa mereka sangat berbeza……sifat si gadis yang sangat kasar sangat berbeza dengan gerak laku si jejaka yang seperti seorang imam muda…..tidak sesuai rasanya bagi gadis yang tiada rupa bersama jejaka yang kacak itu….malah, si gadis merasakan tapak agama nya tidak laaa sekukuh mana….membuatkan si gadis merasa tiada peluang antara mereka….! Lalu perasaan itu dipendam sahaja…..

Masa terus berlalu…… si gadis meneruskan hidup nya yang penuh liku…..menegenali ramai jejaka bagi mengisi kekosongan di hati nya…..persekitaran sosial yang dilalui nya di rasakan tidak kena…..menjadi kan si gadis semakin teruk dari sebelum ini…..mula hanyut dengan asyikan duniawi…..bertambah parah ketika melangkah masuk ke alam Universiti…. Hasutan demi hasutan di layani nya…..dalam keseronokan duniawi jauh di sudut hati nya…. Si teruna masih ada walau dalam secebis cuma…..mendengar kan nama Teruna sahaja sudah membuatkan jiwa nya bergetar…tapi minda kuat mengatakan “kau tidak layak bersamanya!! Lelaki baik hanya untuk perempuan yang baik…..kau tanya dalam diri kau layakkah kau nak bersamanya….kau hanya layak dengan lelaki yang sama taraf dengan kau…..” setiap kali suara minda akan menepis debaran yang di rasa si gadis…..

Dalam melayani kenikmatan dunia….. si gadis merasakan ada sesuatu yang tidak kena….. segala yang dilakukan di rasa kan tidak kena….. Persoalan demi persoalan menerjah ke dalam diri…… hidup nya sudah tak terasa aman…. Ada sesuatu yang kurang….tapi apa??

*********************

~assalamualaikum warahmatullah~ ~assalamualaikum warahmatullah~ selesai sudah solat berjemaah di sebuah surau berdekatan dengan rumah yang didiami si gadis dan rakan-rakan….. setiap kali Maghrib si gadis dan rakan akan ke surau tersebut untuk berjemaah…..kesempatan dan peluang di mana surau yang berada di sebelah rumah digunakan sebaik mungkin oleh si gadis dan rakan-rakan untuk berjemaah…..Alhamdulillah kini si gadis dah berubah…..rakan yang menyedari akan kesilapan yang dilakukan oleh si gadis, terus menarik si gadis kembali ke dunia nyata…..dunia yang hanya sementara sahaja….disedarkan si gadis bahawa akan ada dunia yang kekal abadi….di mana nasib kehidupan kita di dunia kekal abadi ditentukan oleh amalan kita di dunia sementara…..

Hidup si gadis kembali tenang….dan akhirnya si gadis menjadi pelajar cemerlang dan membanggakan ibu bapa nya…..kembali ke kampung halaman dan berbakti kepada ke dua orang tuanya…..

Ibu: Gadis boleh tolong ibu? Adik mu kata cucuq udang kat pekan tu sedap, boleh tolong belikan tak??

Si gadis yang telah berubah itu akur lalu tanpa berlengah si gadis pun menuju ke pekan dengan menaiki motosikal…..jika dibanding dengan si gadis pada suatu masa dahulu…… perintah ibu nya hanya diambil sambil lewa……selalu menangguh untuk tunaikan permintaan ibunya……tapi kini tidak lagi…..! sesampai sahaja di gerai kecil itu……si gadis pun memesan cucuq udang RM3…..

Kisah si Teruna

Pada suatu masa yang amat dahulu…..
Setiap langkah si teruna akan ada mata-mata yang melihat…..lebih spesifik mata-mata gadis-gadis, mata-mata wanita, malah ada mata-mata ibu yang melihat betapa untungnya mendapat menantu yang sebegini rupa….. bersih paras rupa nya, tenang tatap wajahnya, syahdu mendengar lunak suaranya…. Setiap kali merasa kan diri diperhati si teruna akan endah kan sahaja….. andai ada yang tersenyum pada nya…..senyuman kembali akan di balas nya….. bertautan mata dengan gadis menjadi pantang larang hidupnya…..salam kata pertama akan terpacul dari mulutnya setiap kali bertemu rakan-rakan nya….. indah nya gambaran si teruna…..

So shame…. “don’t judge a book by its cover” secara fizikal semua mengenai si teruna kelihatan sangat indah! Baik! Bersih! Innocent! Manusia tetap manusia, lemah….!! Manusia hanya laah hamba kepada Pencipta seluruh alam semesta ini….ALLAH MAHA BESAR….. apa lah sangat dengan kurniaan pinjaman ini…..jauh di sudut hati si teruna terlalu riak dengan kurniaan ILLAHI….. kurniaan wajah yang kacak di gunakan sebaik mungkin…..andai ada insan ingin mencuba nasib ke atas nya, meluah perasaan yang suci terhadapnya….. akan di nilai dahulu  insan-insan itu…… si teruna hanya akan menerima pelawaan insan-insan yang cantik-cantik sahaja……sudah semestinya diri nya yang menawan hanya layak bersama gadis rupawan juga……

<text message>

Gadis rupawan: salam, ngah wat per? Bz ke?

Si Teruna: w’salam, x wat pa pew pun…. X bz…. Nape?

Gadis rupawan: dah seminggu kite berkawan, sy nak bagi tau sesuatu….

Si Teruna: ooowh….a’ah dah seminggu kita kawan….awk tak send pun lagi mms, apa kata awk mms gamba awk dulu??

Seketika kemudian…….

*tooot tooot*

1 picture message received



Gadis rupawan; saya dah send….maaf laaa tak secantik mana hehe

Si teruna: eeeeh sapa kata awk tak cantik….gorgeous sangat….suka tengok…..awk….saya dah lama jatuh hati kat awk….awk baik, cantik saya suka….! Ermmm awk sudi jadi girlfriend sy??

Gadis rupawan: hehe saya terima (^_^)

Setiap perempuan yang di-ayat si teruna akan hadapi nasib yang sama….hanya sebulan sahaja hubungan itu akan bertahan, selepas sebulan si teruna akan meng-ayat perempuan lain…..kegiatan si teruna ini amat licik…..untuk berpisah si teruna akan menjadikan diri nya seolah-olah mangsa curang kekasih nya…..oleh sebab girlfriend2 nya adalah dari gadis-gadis Hot jadi tiada masalah baginya menuduh gadis-gadis tersebut ada affair lain…..akhirnya berpisah….!!

Siapa yang pandang si teruna akan senang untuk jatuh hati…..pelajar yang cemerlang…mempunyai wajah yang kacak….. selalu ke surau atau masjid…..sudah semestinya tersenarai sebagai suami pilihan…..tapi alangkah indahnya jika semua peri laku itu adalah dari dirinya yang tulus ikhlas…..malangnya si teruna mendatangi surau dan masjid hanya semata-mata ingin menarik perhatian perempuan-perempuan sahaja….dari alam persekolahan hingga laaa ke Universiti……segala amal kebaikan nya adalah lakonan semata…..itu adalah tiket bagi menarik minat perempuan-perempuan kepada nya…..adalah satu kepuasan jika dapat memikat perempuan yang menjadi impian jejaka-jejaka…..

Sehinggalah………………………….

Doktor: puan minta bersabar…..kami sedang cuba sedaya upaya kami untuk menyelamatkan anak lelaki puan…..kami hanya berusaha puan…selebihnya kita serah kan sahaja pada yang Maha Berkuasa….kepada Nya sahaja kita harapkan….moga ALLAH memberi peluang pada nya….. dia masih muda…..

Mendengarkan kata-kata doktor itu tidak cukup menenangkan hati si Ibu…... anak lelaki nya telah terlibat dalam kemalangan yang mengayat hati…..melihatkan keadaan kawasan kemalangan….tiada siapa akan rasakan mangsa kemalangan mampu selamat……motosikal yang dinaiki si teruna telah bertembung dengan van putih…..secara tiba-tiba motosikal yang dinaiki si teruna hilang kawalan……bunyi dentuman yang amat kuat telah mengejutkan penduduk kampung setempat…..hasil dentuman itu si teruna tercampak jauh dari motosikal nya yang 98% hancur……
Hati ibu mana yang tidak sayu melihatkan anaknya yang seperti menunggu masa menyambut seruan Illahi…..keadaan si teruna amat nazak….si teruna koma….dan terus koma…tidak sedarkan diri selama berminggu…..selama itu laaa si Ibu dan ayah berdoa sekhusyuknya anak mereka akan selamat……” ya ALLAH ya Tuhan ku….sesungguhnya Engkau Maha Pengampun ya ALLAH….ampunkan dosa-dosa anak ku ini….dosa kecil dan dosa besar nya…..andai ada salah dosa anakku kepada kami, kami ampun kan, dan moga kemaafan kami mampu selamatkan anak kami dari di siksa dan dihukum ya ALLAH…..jika masih ada kesalahan, dosa si teruna terhadap manusia-manusia lain mohon di beri peluang kepada si Teruna untuk menebus nya kembali……jangan laaa ditarik nyawa nya selagi dia tidak beriman kepada mu Ya ALLAH…..andai sudah masa untuk nya…..mati kan laaa dia dalam keadaan beriman…..dan kami redha pemergian nya….amin ya rabal’alamin….”
  
Dengan kuasa dan ketentuan Illahi, sesungguhya ALLAH Maha Mendengar, doa tulus ikhlas si Ibu dan Ayah didengari dan Alhamdulillah di makbulkan…..akhirnya si teruna sedar dari tidur yang amat panjang…..

Sedar dari koma, si teruna sedikit demi sedikit mula berubah…..dosa-dosa yang dilakukan nya dahulu terasa amat berat….tidak termampung oleh nya..! acap kali si teruna menangis mengenangkan dosa-dosa nya…..setiap kali terkenang, lafaz istighfar di sebut sebanyak mungkin…..memohon keampunan kepada yang Maha 
Pengampun……malam-malam nya diisi dengan amalan-amalan sunat…..bersugguh ingin suci dari dosa-dosa yang lampau…..berusaha membuang! Melawan! Perasaan riak, takbur, dengki di dalam dirinya…..sifat-sifat mazmumah yang mampu merosakkan diri…..menjauhkan diri daripada ALLAH……tiada lagi kegiatan-kegiatan meng-ayat perempuan di lakukan…..si teruna merasa sangat menyesal….! Rasa bersalah menikam jiwa…..kata maaf di pohon kepada semua yang pernah menjadi mangsa nya…..dengan seikhlas nya si teruna memohon maaf…..jadi kembali ke kampung adalah keputusan yang tepat…..mengelak diri dari terlibat ke kancah dahulu…..

Di kala petang selepas Asar….. terdetik di hati si teruna untuk ke pekan…..niat di hati ingin mencari kuih muih untuk dijadikan santapan minum petang….. ingin meringankan beban si ibu, si teruna pun menawar diri untuk ke pekan bagi mencari sedikit kudapan…..

Sesampai sahaja si teruna ke pekan itu…..terasa sungguh lama sekali tidak menjejakkan kaki ke pekan kecil ini…..sudah banyak yang berubah…..lalu si teruna melangkah menuju gerai-gerai kecil itu…….ketika melangkah ke gerai-gerai kecil yang menjual kuih…..tiba-tiba langkah nya terhenti kala memandang seorang  hamba ALLAH bergelar wanita membeli sesuatu di salah satu gerai yang ada di situ…. Si teruna hairan kenapa hati nya berdebar-debar melihat gadis itu…..padahal gadis itu sangat biasa rupa parasnya….tidak serupawan gadis-gadis yang pernah menjadi miliknya…..tapi hati dan jiwa nya meronta-ronta, berdebar, malah nafasnya terasa sesak…semput….tapi kenapa??

*****************************

Alhamdulillah selesai sudah upacara akad nikah…..kini si teruna dan si gadis sah menjadi suami dan isteri…..terbukti kini lelaki baik bagi perempuan yang baik…..kini mereka bersama melayari bahtera keluarga…..setiap detik terasa bahagia…..si suami dan si isteri memanjatkan setinggi-tinggi nya rasa syukur ke hadrat Illahi…..sungguh indah….sungguh menarik ketetapan yang telah di tulis untuk mereka…..rezeki keluarga murah dengan izin ALLAH si suami dengan jayanya menjadi Jurutera yang masyur….. si istri telah menjadi guru yang digemari pelajarnya…..setiap hari dilalui dengan indah….walaupun begitu tidak sesekali mereka melupakan untuk berasa syukur…..ibu bapa kedua-dua nya juga turut merasa gembira dan kebahagian si suami dan si istri…..

Doktor: tahniah puan….puan di sah kan mengandung….sudah 2 bulan kini….!

Mendengarkan khabar gembira ini bertambah rasa bahagia di hati…..si suami yang mendengarkan khabar gembira ini….di sebarkan kepada semua orang…..semua orang tumpang gembira…tidak kurang juga ucapan tahniah yang diterima oleh si suami…..

Si suami: syg nape wat kije-kije berat nie….. ?

Si istri: berat apa nya abg aaaai…. Sidai baju jer….bukan saya nak mencangkul ker….hehehe

Si suami: amboi dia….tarik hidung tu kang….hahaha dah syg gi depan rehat….cuti-cuti nie duk rehat jaaa…biar abg wat semuanya!!

Si istri: hehehe tak sedap laaa syg nak duduk saje kat depan tuh….tak semestinya syg mengandung syg kena duk saja jaaa….kita wat sama-sama yaaa…(^_^)

Si suami: (sambil cubit manja pipi si istri) ye laaaa sayang abang nie….nie yang wat abg tambah sayang lagi kat ayg nie…..hahaha mesti anak nie rajin macam umi nya….

Si istri: a’ah bijak macam ayah nya….baik macam ayah nya…..kacak macam ayahnya juga….hahaha

Begitulah masa-masa mereka di isi….penuh kebahagian….walaupun ada juga ketika terasa hati, gaduh-gaduh….sudah biasa….almaklumlah itu laaa rencah berumah tangga……

Detik demi detik berlalu…..usia kandungan juga bertambah….sehinggalah……

Si istri: abang….!!! Syg dah tak tahan nie….dah tiba masa nie….abg kat mana??

Si suami: ya ALLAH! Abg kat pejabat nie….masa macam nie mesti jam….abg takot tak sempat nak balik….macam mana nie??

Si istri: Tanya kita pulak….cepat laaa bang….sakit sangat dah….!! Ayg takot nak bawa keta macam nie gaya…..ayg minta izin abg minta sapeah hantarkan yaaa….

Si suami: ya! Ya! Ya! Sat gi abg teros gi hospital….syg bawa bersabar…kawal pernafasan macam kita praktiskan….

Si suami bergegas menuju ke hospital….dalam kereta si suami hanya mampu berdoa moga si anak dan si ibu selamat…..seperti yang disangka…..masa-masa sebegini pastinya akan jam….semua pekerja ingin bergegas pulang ke rumah….dan ketika si suami ingin membelok ke simpang……  

*DUSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSHHHHHHHHH!!!!*

Siren ambulans yang membingitkan itu telah membuka laluan bagi kenderaan kecemasan itu bergegas ke hospital…..di dalam nya terdapat lelaki yang amat parah…..para paramedic sedaya cuba mengawal keadaan si lelaki….sementara tiba di hospital tersebut…..

Manakala di hospital pula….si istri sedang berhempas pulas bertarung nyawa bagi melahirkan zuriat, amanah ALLAH yang akan dijaga sebaik mungkin oleh si suami dan si istri….walaupun pelbagai kesulitan di hadapi….doktor sedaya upaya mengawal keadaan…di luar yang menunggu adalah keluarga si istri dan keluarga si suami….masing-masing cuba untuk hubungi si suami…..sehingga kini masih tidak kelihatan si suami…..naluri si ibu kuat mengatakan sesuatu terjadi telah terjadi kepada anak nya…..perasaan yang sama ketika suatu masa dahulu….bertambah risau si ibu apabila panggilan hanya di sahut oleh peti mel suara…..

Setibanya ambulans di hadapan hospital….bergegas para paramedic membawa masuk si lelaki ke wad kecemasan…..si lelaki yang masih sedar tak sedar itu….menarik tangan seorang paramedic, dan membisikkan sesuatu….

*****************************

Doctor, jururawat, keluarga ke dua-dua belah pihak hampir menitiskan air mata….melihatkan si bapa dalam keadaan parah sedaya upaya untuk duduk dan memeluk dan mencium anak pertamanya….. dan dengan saki baki tenaga yang ada, si bapa mengalunkan azan ke telinga si anak….kedengaran amat syahdu alunan itu….azan kali nie terasa beza nya….lunak suara si bapa mampu membuatkan segenap ruang turut merasai betapa hebat kasih sayang si bapa terhadap anak nya…..semua yang berada di ruang itu merasa sangat sebak….si istri sudah mula teresak-esak….penat melahirkan seolah-olah hilang apabila mendengarkan alunan azan si suami…..tidak ingin mengakui ini mungkin azan terakhir yang akan didengari si istri…..selesai azan dibisikkan, si bapa mencium si anak dengan penuh kasih sayang….dan di sambut pula si istri akan anak itu….mata si suami dan si istri bertautan…..seperti ketika kali pertama mata mereka bertautan….syahadah di lafazakan dan longlai tubuh si suami di sebelah si istri….seperti si suami tidur di bahu si istri….. Ibu dan ayah si suami redha dengan pemergian anak mereka….sepertimana pernah mereka niatkan dahulu….andai ALLAH ingin mengambil nya ketika  si teruna ikhlas beriman dan telah bertaubat kepada  ALLAH jadi mereka redha….. 

p/s: weyyy nie cita hanya rekaan semata-mata....tiada kena mengena ngan siapa-siapa..sama ada hidup, nazak, koma atau sudah tiada....hehehe lagi satu maap laaa kalu cita nie ntah pa pe wat penat hmpa jaa baca....krakakaka....ada idea aku tulis laaa..ada komen?? silakan di alu-alu kan....hehehe so last word from me Hidup Mau Cool....cau world asalamualaikum