Thursday 29 March 2012

TERIMA KASIH ABG COMEY..!!

ASSALAMUALAIKUM

Aku ada benda nak story cket nie…hehehe

pada suatu malam , ketika aku sedang memasak untuk mengisi perut aku yang sangat lapar ini… tetiba pintu rumah di ketuk oleh seseorang…

*tok! *tok! *tok!

“Assalamualaikum….!”

aku yang ketika itu tengah menggoreng telor untuk dijadikan juadah terkejut, terspontan menjawab salam beliau di luar….

“waalaikumusalam….?!!”

beliau pun berkata….

“Nak pinjam helmet…..”

aku dengar tapi tak pasti….

“helmet??”

dia pun menjawab….

“a’ah nak pinjam helmet”

aku pun masih dalam mood terkejut menyerahkan helmet aku tanpa sua muka pada beliau di luar rumah… hanya berbicara dari balik pintu rumah….

sambil beliau mengambil helmet dari pegangan ku…

“hang macam bz jaaaa…”

aku segan-segan terkejut, dengan spontan nya menjawab…

“ermmmmm tengah masak….”

lalu beliau pun berlalu pergi…..

tetiba teringat besok tak de kelas, nak masak nasi goreng laaa…alamak! bawang besaq habis 
laaa pulak… aku pun cakap laaa kat kawan aku… “silap tak pesan kat beliau tolong beli bawang 
besaq” …. kawan aku dengan excited-nya suruh aku mesej beliau….


screen henpon aku.. haha


Setelah beberapa ketika tepon aku bunyi *1 new message received* beliau balas “ok xde hal”…

Jam berdetik-detik, aku pun tunggu kepulangan abg, eh abg pulak…hahaha gatai! aku pun tunggu kepulangan beliau…

seketika kemudian pintu diketuk bersama salam….

*tok! *tok! *tok! Assalamualaikum…..

“waalaikumsalam, sat,sat….!”

terdengar sayup-sayup suara dari luar…

“bawang-bawang….”

aku bergegas masuk bilik pakai sweater ada hud tutup kepala… berjalan menuju ke pintu dan bukak… taraaaaaaaaaaaa abg comey tengah kelas barang-barang yang dia beli…..hehehe tak nak kaco aku senyap jaaa kat pintu tengok abg comey…

dah selesai dia pun berkalih…

“eh jap ex…”

beliau pun serah kan helmet dan bawang yang beliau beli….lalu aku pun bertanya

“berapa nie?” >merujuk kepada bawang…<

beliau dengan muka comey nya…

“eh takpe2….”

aku serba salah…

“jangan laaa macam tuh…berapa nie?”

beliau dengan senyum nya…

“ermmmm entah! berapa entah…!”

jadi aku pun….

“TERIMA KASIH YER…!!”

aku pun tutup pintu, sebab tak nak lama-lama kat situ…. segan… aku pun letak helmet, ambik bawang… laaaaaaaaaaaa sengal tol beliau itu… konon tak tau harga berapa bawang tersebut…. beliau pandang jer tanda harga tadi…. terserlah RM1.80 di situ…

Jadi aku pun wat laa kesimpulan bahawa beliau seorang lelaki nak tunjuk laaa dia gentleman, (gentleman belanja bawang) hahahaha apa-apa pun terima kasih abg comey, saya dapat wat nasi goreng pagi nie…hehehe…. nanti bila-bila masa saya belanja abg comey pulak yer… belanja benda lain laaa kot, bukan bawang…hahahaha

p/s: ini abg jiran depan rumah… boleh nak tego-tego pun pas ter-melatah di hadapan beliau…Last word from me Hidup Mau CooL…


No comments:

Post a Comment