Monday 19 March 2012

Singgah jap je kan??


ASSALAMUALAIKUM
Uacapan salam kepada kalian semua…. Semoga hidup kalian dalam sejahtera dan diberkati oleh-Nya….

Aku kembali untuk menceritakan kisah aku…  dah lama aku tak menaip… dah lama aku tak bercerita… disebabkan..
1.       Aku tak da masa
2.       Broadband aku mati langsung
3.       Aku tak da idea nak tulis apa....

Tapi hari nie aku ada masa dan aku ada benda nak cerita…. Bukan ceritera tapi kisah realiti hidup aku… hidup aku seorang hamba ALLAH yang hidup sementara dalam dunia bagi mencari bekalan untuk menetap di sana yakni alam yang selamanya kekal…..

Aku yakin semua orang pernah mengalami atau menghadapi peperiksaan, tak pun kalu tak sekolah mesti hampa pernah diuji… alaaaa kalau hampa nak ambik lesen pun hampa kan kena ambik exam komputer, lulus yang tu baru hampa bole teruskan nak ambil kelas memandu… kan? Kan? Kan? Kalu tak pun kalau hampa nak naik pangkat nak naik gaji, kan bos akan bagi beberapa tugas dulu,  kalau hampa lulus tuh dapat laaa naik pangkat…kan? Kan? Kan?

Hidup pun macam nie juga…. Kepada sesiapa yang rasa apa aku nie cakap salah dan mengarut, saya mengalu-alukan anda untuk menegur, kerana saya ingin belajar dan ketahui bahawa apa yang saya rasa ini mungkin salah… sekarang kita dalam fasa belajar, macam masa sekolah dulu, kita pergi kelas belajar, ada cikgu ajar kita… macam-macam subjek kita belajar… ada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Kemahiran Hidup, Geografi, Pendidikan seni, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Agama Islam, Bahasa Arab, dan macam-macam lagi… bila dah habis sesuatu topik, nanti kita akan ada kuiz… cikgu cakap kuiz tuh sebahagian peratus markah untuk dibawa sampai hujung sem dan menjadi antara penolong kita untuk dapat keputusan elok-elok… macam subjek sains kan ada beberapa praktikal atau amali kena buat….kena buat report lagi..pastuh ada markah juga…. lepas tuh kan kita ada final exam.. yang paling berat… time tuh laaa kita struggle kuat-kuat… sebab kita tak tau nak naik soalan apa…. harap sangat dapat keputusan elok! Cemerlang!

Bagi aku hidup pun macam tuh juga…. Kita belajar, kita buat praktikal kutip markah banyak-banyak sebab kita nak jadi pelajar cemerlang… kita nak ibu bapa kita berbangga dengan kita… kita nak diri kita bukan manusia yang dilahirkan sia-sia…. Kita nak ibu bapa kita ada bekalan dengan doa dari anak-anak yang soleh…. Beza antara masa sekolah dengan “hidup” adalah kita tahu masa sekolah kita ada masa setahun untuk belajar, ambik exam, dapat keputusan dan penentu kita cemerlang, dapat naik kelas ka tidak, berdasarkan dengan keputusan exam kita….A banyak maksudnya kita cemerlang…. Kalau Hidup kita tak tau berapa lama masa kita ada….kita belajar, prakitikal jaaa…bape carry marks kita, tak pernah kita tau….cukup ke tak nak dapat A…. apa gred kita nak dapat nanti, yang paling penting lulus atau tidak kita nanti…. Sebab bagi yang lulus alhamdulilah laaa akan diberi ganjaran dan disayangi oleh semua… ALLAH sayang, Rasul sayang, Ibu bapa kita gumbira… tapi kalau tak lulus..GAGAL??!!

Macam mana laaa kan…?? Aku sendiri ingin muhasabah diri… aku terpikir macam nie bila aku nak jawab final exam ari tu… ada beberapa soalan yang aku tak tau nak jawab… aku cukup resah…cuak…risau…aku hentam sesuka hati aku jaaa…. Adakala aku tinggal kosong jaaa sebab aku memang tak tau nak jawab apa…. Tapi ada gak soalan aku asa macam aku tau jawapan dia, tapi aku tak tau nak jawab macam mana…tak tau nak wat ayat macam mana…. Tibe-tibe aku terpikir kalu kita kena soal dengan Malaikat nanti, macam mana kita nak jawab… walaupun sekarang kita tahu apa jawapan dia, sebab soalan-soalan tuh dah bocor yang amat… dari sekolah rendah sampai sekarang musti ada jaa yang bagitau kita soalan-soalan yang akan ditanya…. Tapi tetap perasaan takut tu ada kan? Kan? Kan? Takut tak bole jawab… kan? Kan? Kan?

Sebab tuh kita kena kutip banyak-banyak markah masa hidup nie… wat elok-elok praktikal, sebab markah untuk praktikal bukan berdasarkan report jaaa tapi masa kita buat praktikal tuh pun ada markah  nya juga…. Kan? Kan? Kan? Jadi kalau dah tiba kuiz nanti kita boleh jawab elok-elok juga… kalau markah kuiz elok jadi masa final exam tak laaa susah sangat…. macam kawan aku masa jawab exam ari tu…. Rilex gilew… lancar jaaa dia jawab…

Final exam tuh ibarat kat padang Masyar nanti…. Sementara nak tunggu masuk exam hall hampa cuak tak? Takot tak? Bedebar tak? Siyez kalau aku memang bedebar rasa…begetar juga laa lutut aku nie sebenarnya, tapi aku wat cool jaa…hehehe masa kat padang Masyar nanti pun macam tuh juga…. Kawan aku pernah cerita kat aku, cuba bayangkan hampa tunggu bas nak pi Bandar, hari tuh sangat panas..tunggu bas dalam 5  10 minit, tak Nampak-nampak juga muka bas… kita pun mula nak rungut, ujian yang sedikit tuh pun kita dah tak tahan… macam mana pula masa kat padang nanti…kalau kita antara manusia yang dipayungi tak pe…. Kalau tak? Dah laaa matahari betol-betol kat atas pala kita… bayangkan laaa kita nak tunggu turn antara uncountable human dari seawal-awal manusia yang dilahirkan sampai kita berapa lama kita nak tunggu….kalau tak kena apa-apa tak pe…kalau kita nie wat dosa kan ada penyesalan nya…hancur pala ngan batu laaa, tarik-tarik rambut…macam-macam laaa betapa dasyat nya….menyiksa diri sendiri sebab sesal dengan dosa sendiri…. Nauzubillah….

Bila sampai turn kita kan lepas tuh akan ada pembentangan report…. Masa tuh laaa yang nak cuak tuh… tak habis dengan penyesalan kita nie nak bedebar-debar dengan report kita pula…. kalau report kita bagos tak paa bai.. kalau dak macam mana… habis nya video-video hidup kita akan di tontonkan… kalau baik kita buat masa hidup kita tak yaah laa nak rasa malu atau terasa kantoi segalanya kan? Kan? Kan? Cuba bayangkan kalau tak terpadam video buruk yang ada…. Tak ke naya namanya…. Ish ish ish…. “Sebelum mencuri polan pandang kiri kanan depan belakang nak tengok ada orang tak, bila pasti tak de orang selamber dia jaa ambik ipad2 Semat” sesungguhnya si polan tuh tak tau yang dia dirakam… ish ish ish…. Habis semua orang tau yang si polan tuh rupanya yang curi ipad2 Semat kat padang nie…! Sambil tuh kita ditimbang… adoyai… cuba bayangkan betapa lama kita tunggu untuk turn kita… tambah macam-macam jadi, macam-macam kita tengok perilaku manusia yang sesal…. Akhirnya penentu sama ada kita lulus atau tak… Al-Mizan… kalu berat sebelah kanan tak paaa….bersyukur setinggi-tinggi syukur pada yang Maha Adil…. Kalau macam mana pun berat sebelah kiri….lagi terasa kalau berat sebelah kiri disebabkan perbezaan yang sedikit… sekecil-kecil dosa yang kita buat kalau kita tak memohon ampun akan kumpul jadi besar! Berat!

Keputusan muktamad dikhabarkan…. Bagi lulus Alhamdulillah aman hidup nya di dalam syurga…yang gagal..?? ke neraka jahanam..! disiksa, dibakar, makan benda-benda berbisa… minum benda-benda yang menjijikkan…! Nauzubillah… itu kalau gagal… tak cukop carry marks… masa sekarang nie kalau kita gagal tak pa laaagi bole repeat paper…kalu kat sana tak da makna nak repeat-repeat… sebab tuh orang duk bagi nasihat sekarang nie…duk masih hidup nie…jangan nak seronok sangat… ditegur kata nya kita ustazah bagai… bertanya di cop nya kita mami jarum… menghalang dipukul balik kita…. Manusia zaman sekarang… semoga ALLAH memberi hidayah kepada kita semua…semoga Dia tunjuk kat kita mana yang salah mana yang betol… kalau ada kawan tego tuh hampa jangan nak melenting… tuh makna nya ALLAH nak tunjuk kat hampa yang hampa buat tuh salah caranya… ALLAH kan sayang hamba-hamba nya….Dia kan Maha Pemurah…setakat petunjuk sikit-sikit (bagi yang sedar) apa laaa sangat selagi hamba Nya tak lupa kan Nya…. Sayang kat Dia…sebab ALLAH kalau kita sayang Dia…uncountable ganda Dia sayang kita balik….!

Macam kawan aku ada cakap… “kalau nak masuk syurga aku tak mau pi sowang-sowang, nak ajak ramai-ramai” bagus kan? Kan? Kan? Sangat bagus… hahaha aku tak sebagus mana… tak sebaik mana… masih cuba nak perbaiki diri… banyak benda nak study, nak kutip carry marks banyak-banyak… takot tak dapat nak jawab lak soalan nya….tak tau nak dapat apa… tapi harap sangat dapat elok… hehehe sama-sama kita usaha kuat okeh rakan-rakan??  Sebab kita tak mau bila kita terjaga nanti, walaupun dah bukak mata tapi apa yang kita nampak gelap jaaa… baju yang asalnya kita pakai baby t-shirt, jeans tight dah diganti dengan kain putih tak berjahit… kalau sebelum nie kita terjaga sebab alarm tepon kita tapi kali nie kita terjaga sebab dengar ada suara keras memanggil nama penuh kita… bersedia kah kita nak jawab balik nanti?? pikir-pikir laaa balik…

p/s: kalau ada salah mana-mana.. bagi tau naa… kalau ada pendapat hampa sendiri…kongsi laaa..hehehe last word from me Hidup Mau Cool…!

2 comments:

  1. sukax10000....
    betoi2..jom cari carry marks bebanyakkk

    ReplyDelete
  2. che NAd..lupa nak gtau...aku kopipes masuk blog aku..hihihihihi

    nice thought weh...beautiful..

    ReplyDelete