Saturday, 24 March 2012

Tak Suka, Tak Bermakna Aku Benci....

ASSALAMUALAIKUM…!!

wahai sahabat-sahabat ku sekalian… sihatkah anda?? Alhamdulillah sihat2 yer…. aku nak citer satu benda nie… nak tau tak??! nak dengar tak??! hehehe kalu nak tau apa benda… habiskan baca yaaa…

pada suatu hari yang cerah… setelah berhari-hari hujan rintik-rintik, hari nie ternyata begitu cerah sekali… alam seolah-olah bergembira setelah mengalami kemurungan beberapa hari ini… jadi alkisah nya bermula ketika aku bersama sahabat aku dari kelas yang sama dengan aku pulang ke rumah….. sejak beberapa hari lepas aku dah ada teman nak balik rumah… selalu nya aku pergi kelas dan balik kelas sowang-sowang, yakni menaiki “Che Mat” (moto kesayangan aku), tapi kini sahabat aku akan menaiki moto bersama-sama aku…. sapa yang bawa moto?? mesti laaa aku  yang memacu moto aku tuh… sahabat aku pula berada di belakang aku… okeh Nampak bayangan nya macam mana?? aku kat depan kawan aku kat belakang… okeh semua??

Jadi disebabkan aku nie saiz XXL kawan aku lak M jer… agak laaa sendat di situ… kedudukan aku dah ke hadapan sangat jadi nya… hahaha! tapi masih dalam keadaan selesa… aku masih mampu memacu moto aku dengan baik sekali…. masa solo bole laaa hentam 80km/J, bila bawa orang nie aku jadi fobia bawa laju-laju… jadi nya sekitar 50-60km/J jaaa aku bawa…. almaklum laaa sejarah sebelum nie aku bawa penumpang laju-laju excident owang belakang yang terok…aku rilex jaa…hehehe! maaf yaa bagi yang jadi mangsa aku tuh… okeh done bout that!!

pada masa kejadian aku macam biasa bawa laaa moto, dengan kawan aku kat belakang aku, macam aku citer tadi…. dalam U aku nie memang berbonggol banyak… jadi sebagai pengguna jalan di dalam kampus nie aku jadi penunggang yang paling berhemah….waaaaa sempat nak puji diri… hahaha (“apa kena mengena berbonggol banyak dengan penunggang berhemah??” ermmmm taktau..hehe hampa pikir sendiri laaa) tengah aku layan bawa moto tuh, aku terpandang sesuatu di jalan… 1st guessing ranting kayu…. makin dekat 2nd guessing Tali guni ka tuh??.... bila hampir aku tekad nak lanyak jaaa….sekali benda yang ku sangka ranting dan tali tuh bergerak…!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! tak sempat nak elak aku dah lanyak dengan parah nya benda itu…. beberapa saat kemudian yang mampu aku katakan hanyalah ULAAAAAAAAQQQQQQQ!!!!!!!

seriously aku tak tipu sampai ke rumah jari-jari kaki aku merengkot (seolah-olah mencengkam), aku memang tak bole nak berhadapan dengan binatang ciptaan ALLAH itu…. tahap ke-tidak-terima-an aku tuh melampau sangat…aku tak ley nak tengok gamba, movie pun kalu aku tengok dari awal citer sampai habis suara aku jaaa yang lebih… menjerit-jerit padahal dalam TV jer pun…. lagi-lagi ular getah, mau nangis meraung aku…. seriusly aku tak tipu aku TAK SUKA binatang itu….

walaupun aku tak suka itu tak bermakna aku benci binatang itu…. aku boleh nak terima mereka… tapi aku kena take some time for overcome the feelings…. aku geli! aku takot! aku tak suka! lepas aku terlanyak binatang itu di jalan, aku kesian lak… memang aku tak suka… tapi tak da niat laa aku untuk merasai betapa suka nya dapat bunuh sekor dari mereka… tak memberi kesan dalam kehidupan pun kalu sekor jaaa yang mati…. waaaaaaaaa sangat menggelikan…!! sampai sekarang aku naik moto aku terasa macam binatang tuh melilit tayar moto aku…. adoooooy… tak suka! tak suka! tak suka!

*******************************************

susah untuk aku mempunyai perasaan benci pada seseorang…. bila tahap dah sangat menguji keimanan aku dan kesetiaan aku sebagai seorang hamba ALLAH yang lemah, perasaan benci itu akan hadir, mahupun begitu wahai insan, walaupun aku membenci mu, walaupun aku tidak lagi menganggap dikau sahabat aku, insyaALLAH tidak akan terpamer perasaan itu andai aku bertemu dengan dikau wahai insan…. teringin aku mengucapkan kata maaf berhadapan, tapi aku tak berdaya nak menatap mata dan wajahmu…. sebab perasaan benci aku terhadap mu dah menebal, membesar bak pokok ara…. tambah bersama ego aku yang melangit… aku berdoa agar ALLAH tunjukkan cara, jalan dan kekuatan berhadapan dengan mu wahai insan…. kadang-kadang aku terasa itu bukan salah mu… tika itu juga bertahun-tahun aku salahkan diri aku… tapi apa salah aku??
p/s: last word from me Hidup Mau CooL…. wasalam…

No comments:

Post a comment