Tuesday 27 December 2011

Kecelaruan Minda

ASSALAMUALAIKUM

Pada suatu hari…sang kerbau berjumpa dengan sang kancil, lalu sang kerbau Tanya kepada sang kancil kemanakah sang kancil mahu pergi. Jawab sang kancil apa kau kisah?? Suka hati aku laaa nak pi mana….sang kerbau tersentap mendengarkan jawapan dari sang kancil lalu berlalu pergi….sang kancil meneruskan perjalanannya….lalu berjumpa dengan sang harimau, ditanya sang harimau kemanakah sang harimau mahu pergi. Jawab sang harimau apa kau kisah?? Suka hati aku laaa nak pi mana, nak kena telan ngan aku kaa??....tergamam dan ketakutan sang kancil mendengarkan jawapan sang harimau lalu berlalu pergi……sang harimau meneruskan perjalanan nya….lalu berjumpa dengan sang burung yang terbang belegaran di atas kayangan….lalu sang harimau bertanya kepada sang burung apakah yang dilakukan oleh sang burung itu….lalu sang burung menjawab apa kau kisah??? Suka hati aku laaaa…..tersentap sang harimau dengan jawapan sang burung itu….lalu sang harimau pun berlalu pergi….berterbangan sang burung lalu sang burung berjumpa pulak dengan sang katak di kolam sedang melompat-lompat di atas kelopak teratai….lalu  sang burung bertanya kepada sang katak apakah yang dilakukan itu? Sang katak menjawab aku saja-saja melompat-lompat mengisi masa lapang…..lalu bertanya sang katak kepada sang burung….apakah yang dilakukanya….sang burung menjawab aku tak tau apa yang aku buat, aku tak tau napa aku kat sini.. aku tak tau apa tujuan aku ke sini…aku tak tau..! aku tak tau! Aku tak tau! JANGAN TANYA AKU LAGI…!! Dimarah lak sang katak oleh sang burung…. kesimpulan dari kisah ini adalah…. hari ini suma binatang dalam hutan tuh bad mood…! So jangan kacau mereka….. ada benda dalam otak mereka berlegar-legar…. perasaan yang tidak tenang…. kucar kacir….. kebencian menyerlah…tapi tak pasti benci kat sapa…..

2 comments: