Saturday, 7 April 2012

Agak Malu Di Situ

ASSALAMUALAIKUM

apa aku nak cita nie terjadi keeseokan hari lepas aku teman kawan aku kat hospital, 3 orang budak rumah aku nak balik semenanjug sempena cuti midsem... jadi memang tugas aku sejak aku ada lesen nie tolong nganta kawan-kawan aku ke airport...

setelah hantar dan beli McD... aku ngan kawan aku lagi sorang pun menuju ke kereta... kami pinjam kereta sorang bro nie... kancil berwarna biru muda...comey jer... jadi aku dan kawan aku pun nak balik rumah... aku pun start keta kancil itu... ternyata tiada apa-apa yang berlaku... aku cuba lagi....! tak berjaya juga.... 2 3 kali aku pusing kunci tuh... tak jadi apa-apa juga... last-last aku cakap...

" kita kena cari orang tolong nie... tengok apa tak kena"

kebetulan ada 2 3 orang abg-abg polis kat depan tuh.... aku pun ajak kawan aku minta tolong depa.... aku memang sangat pemalu...suruh laa kawan aku yang cakap...

"eeer nak minta tolong, bole dak tolong tenggok keta tuh, tak dapat nak start...."

3 orang polis uh nak cakap serentak... tanya... aku pun tak tau nak jawab yang mana... salah seorang berjalan menuju ke kereta, yang lagi sorang duk ngomel menda ntah (stress macam kereta dia yang tak bole start) haha yang lagi sorang tanya aku....

"orang semenanjung ka?"

"auk orang semenanjung...."

"semenanjung mana? Kedah?!"

"dak aih, perlis...."

abg polis tuh dengan terkejot nya.....

"PERLIS???!! Perlis blah mana?!"

aku agak tersentap di situ, kena tanya dengan tegas oleh abg polis berkenaan...macam aku ada wat salah jaaa....

"eeeerr Simpang Empat...."

"Simpang Empat mana?!"

"aaah Simpang Empat pekan tuh"

"Tau laaa Simpang Empat... Kampung apa?! Tang mana?!"

alaaaahai abg oooi...tanya cermat-cermat cket tak bole kaaa?? nak tanya suara semangat jaaa...aku nie lemah semangat....jantung aku macam nak luruh jaaa... tersentap punya hal....aku pun jawab laaa mana kat mana.... excited sungguh jumpa owg satu negeri dengan dia....sambil kena soal aku pun cepat-cepat jalan ke kereta... takmau kena soal lagi....stresss tol aku...!!

abg polis yang lain suh aar aku bukak bonet depan, cek bateri bagai...rupa-rupanya pala bateri tuh longgar, kadang-kadang aku di suruh start keta uh...sambil-sambil duk start, tengok abg polis uh ketok-ketok pala bateri tu, aku duk minum air ribena yang aku beli kat McD, aku beli cup large ooowh....! polis perlis uh tego aku...

"dia nie start sekali minum...start sekali minum... lapaq ayaq sungguh..!"

zaaaaaap...! sentap lagi.... suka ati aku aaar....malu tol aaarr....tibe-tibe ada sowang lagi abg polis mai kat situ.... sekali orang perlis jugak....adoy lagi meriah laaaa....

"wey tuuh budak tuh budak perlis...."

"laaaaaaaaa budak perlis...awat tak habaq?? study kat sini kaaaa??!"

adoyai....tibe-tibe dia jalan mai kat aku...cuak tol....aku pun jawab laaa dengan muka aku yang manis nie...elak dari terserlah muka cuak aku....kawan aku cakap muka aku nie jenis muka jujor.... apa jaaa yang aku asa terserlah kat muka aku.....

pastuh abg yang cek keta aku tuh, suh aku start kereta...aku dengan lafaz bismillah akhirnya start juga kereta tuh... bersyukur yang amat....lepas aku ucap terima kasih tambah nasihat dari abg yang cek tuh aku pun nak masuk aar dalam kereta.... polis perlis uh duk soal-soal lagi.... aku bape lama lagi kat sini laaa... ambik course apa laaaa.... tak ley blah soalan di kala aku nak balik sangat-sangat daaa..sebab aku nak kena anta kereta cepat ada owang lain nak pakai....

"cuba terangkan apa itu Sains Tumbuhan?"

wey apa ke hel nya cek abg oooi.... tak de soalan lain ka? kalau yaaa pun nak ambik tau.... takyah laaa bagi soalan KBKK macam tuh kat aku.....aku pun tak tau nak jawab macam mana.... last-last aku cakap....

"eerrr sains tumbuhan tuhhh......ermmmmm apa-apa je laaaa, terima kasih naaa balik dulu....."

nervous punya hal...aku masuk gear tak tekan clac, sengih-sengih abang-abang tuh....malu ooooi! malu sungguh....!! nape laaa keta ley tak ley start lak....pastuh aku tak pandang daaa abg-abg uh....berlalu teros....malu sangat...!!!

aku akui aku pun kalau jumpa manusia-manusia satu negeri ngan aku memang aku excited, lagi-lagi kalau satu kawasan dengan aku seronok sangat....memang aaar dalam Malaysia jer pun, tapi jauh ooow perlis dengan Sarawak...lagi pula populasi orang Perlis nak mai sini amat laaa sedikit....susah nak jumpa...tu sekali jumpa jadi macam abg tuh.... terkejot aku...!

Last Word From me Hidup Mau CooL....




Bermalam di Hospital

ASSALAMUALAIKUM

Cuti Midsem dah mula...yeaaaay... start hari Jumaat sebab Sarawak ambik cuti Good Friday... dah stat cuti nie ramai laa kawan-kawan aku balik semenanjung...balik kampung... waaaa jelesnya... aku dah lama tak balik... hehehe anyway apa yang aku nak cerita adalah perihal aku semalaman di hospital...

pada malam jumaat yang lepas.....(11.30pm)

"Nad malam-malam nie klinik mana yang bukak ex? klinik Unimas Sebayor tuh ada bukak dak malam-malam nie?"

"Aku tak pasti laa.... asanya tak bukak kot..."

salah seorang housemate aku kesakitan... sakit perot gamaknya... pucat muka aku tengok...aku pun telefon aaar kawan aku....

"Hello, Assalamualaikum...wey aku nak tanya... hg tau dak mana-mana klinik bukak 24jam?"

malangnya kawan aku tuh pun tak tau.... tapi dia mencadangkan aku pergi Hospital Umum Sarawak... aku jadi serba salah nak pi ke idak...sebab aku pernah pi Hospital tu... sistem hospital tuh lain macam cket.... masa aku pi dulu...aku sakit gilew bapak nyer....terpaksa balik semula untuk dapatkan surat dari klinik biasa,... pihak hospital taknak ngadap aku kalau aku tak da surat klink....sooo aku ingat kemungkinan kalau kawan aku pi akan kena nasib yg sama....

jadi disebabkan kawan aku dah kritikal benor gayanya... tambah pula dia nak balik semananjung keesokan harinya.... aku pun sewa aar keta.... berteman lagi 2 orang housemate aku...kami pun pi laaa...sesampai di sana... kawan aku yang sakit + budak umah aku pi aar daftar...aku pi parking keta.... nasib aar dia lepas... maknanya dia bole aar diperiksa tanpa surat rujukan dari klinik.... okeh aar... pastuh..paham-paham laaa kena laa tunggu giliran....

dalam Hospital tuh bapak aaar sejuk... aku yang lemak tebal nie pun tak mampu nak menahan... dah pukul 1am.... tibe-tibe aku lapar..wakakakaka.... aku ajak kwan aku teman cari kedai... ternyata ada yang bukak lagi...beli aar sandwich ngan susu DutchLady Strawbery.... yezzzzaaaa..! dah lama tak minum susu nie....

pastuh nak elak dari terus kesejukan tambah dengan mata aku gilew layu, berat, ngantuk nak tido, aku pun mencadangkan duduk dekat sebelah wad kecemasan kat kaki lima uh.... jauh dari hembusan angin aircond yang menusuk sehingga ke tulang sum sum.... disitu laaa aku merebahkan kepala aku landing kat dinding, supaya dapat lelapkan mata....lelap tak lelap mana aaar... segan aar ada orang lalu lalang lagi.... aku nie pula kan anak dara malaya... hahahaha lagi pun aku duk tunggu kawan aku nie habis diperiksa.... 

tengok jam....

2.30 am

3.00 am

3.15 am

3.50 am

adoyai bila nak sudah nie....sakit perot jer pun......

4.05 am 

"wey jom pi tidor dalam keta aaar...."

dah lama sangat menunggu, kami pun wat keputusan pi tido dalam keta... ingat kaaa kejap jaaa upa-upanya lama benor....

aku lelap gilew dalam keta... mana taknya aku conquer seat depan tuh dua2...hahahaha tau-tau jam 6.20am kawan aku col cakap dah setel, aku start keta bergerak pi depan wad kecemasan tuh.... gilew lama gilew cek, sakit apa ntah..tak pula doktor tuh cakap apa-apa.... yang kelakar tak ley blah...kawan aku dah mengalami pengalaman ibu mengandung semalaman....

kenapa??

kawan aku nie sakit perot + muntah-muntah....citer kat doktor yg agak sengal-sengal alam nie, dengan selamba kucing jer doktor tuh tanya... 

"awak mengandung ker?"

terkejot besar sahabat aku dengan persoalan itu.... memang tak laaa kawen, nikah pun belom... mustahil benor kalau jadi....pastuh kawan aku cakap yang lama benor uh duk wat ultrasound laaa, buh ayaq 2 beg... tuh yang lama uh...tambah pula doktor sat hilang sat ada...nak setting itu ini lagi...tuh yang laaaaaaaaaaaaamaaaa sangat....!!

itu laaa pertama kali aku tunggu orang kat hospital semalaman....sebelom nie tak nah pun...pengalaman-pengalaman....menarik sangat... disebabkan aku duk situ jer... tak laa asa seram ngat pun...hehehe aku ingat malam-malam hosptal seram....

anyway last word from me Hidup Mau CooL....


Monday, 2 April 2012

Ayah, adakah manusia tidak masuk neraka ketika hujan?

Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.
Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”. Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”. Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”. Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.

Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?”

Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”. Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”. Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .



Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.
Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang.

 Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu. Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.

Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi. Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.

Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.

Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata, “Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik. Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, “Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” .

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, “ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, “Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini.”

Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati. Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat. Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”. Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya. Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel. “Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “ Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.

Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut. Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi.

Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.

Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara. Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana “malaikat kecil” itu sedang duduk.

Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya. Inilah satu peristiwa..

Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik ini.
Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara yang kita buat.

Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3;
“…pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”

P/s: Aku copy paste dari blog wanwma.com

Saturday, 31 March 2012

Aku Kembali Aktif...!!

ASSALAMUALAIKUM...!!

yeeehaaaaaaaa...!!! aku dah langsaikan bil broadband aku... rupa-rupa nya asek tak ley connect tu sebab aku ada utang lagi  RM 2.15 hahaha buang karan tol..! anyway... disebabkan broadband aku dah hidup semula...jadi senang laaa kije aku pas nie.... daah tak yah aku nak lepak lab computer sebab nak update entry baru....yezzzzzaaaaaaa!!

kalau kawan aku baca entry nie... aku tau dah respon dia....

"ermmmm orang tuh dah update entry baru...yelaaa bb dah hidup kan..."

yezzzaaaaa! tepat sekali.... so hampa-hampa jangan nak perli-perli aku naaaa... lagi-lagi "hang"..! hahaha rasa tak aku tuju kat hg?? hehehe aku nak wat kerja TAXO tapi dah bukak tak terbuat pulak... wakakaka...

tu jer nak citer....wasalam..

last word from me Hidup Mau CooL...

Thursday, 29 March 2012

TERIMA KASIH ABG COMEY..!!

ASSALAMUALAIKUM

Aku ada benda nak story cket nie…hehehe

pada suatu malam , ketika aku sedang memasak untuk mengisi perut aku yang sangat lapar ini… tetiba pintu rumah di ketuk oleh seseorang…

*tok! *tok! *tok!

“Assalamualaikum….!”

aku yang ketika itu tengah menggoreng telor untuk dijadikan juadah terkejut, terspontan menjawab salam beliau di luar….

“waalaikumusalam….?!!”

beliau pun berkata….

“Nak pinjam helmet…..”

aku dengar tapi tak pasti….

“helmet??”

dia pun menjawab….

“a’ah nak pinjam helmet”

aku pun masih dalam mood terkejut menyerahkan helmet aku tanpa sua muka pada beliau di luar rumah… hanya berbicara dari balik pintu rumah….

sambil beliau mengambil helmet dari pegangan ku…

“hang macam bz jaaaa…”

aku segan-segan terkejut, dengan spontan nya menjawab…

“ermmmmm tengah masak….”

lalu beliau pun berlalu pergi…..

tetiba teringat besok tak de kelas, nak masak nasi goreng laaa…alamak! bawang besaq habis 
laaa pulak… aku pun cakap laaa kat kawan aku… “silap tak pesan kat beliau tolong beli bawang 
besaq” …. kawan aku dengan excited-nya suruh aku mesej beliau….


screen henpon aku.. haha


Setelah beberapa ketika tepon aku bunyi *1 new message received* beliau balas “ok xde hal”…

Jam berdetik-detik, aku pun tunggu kepulangan abg, eh abg pulak…hahaha gatai! aku pun tunggu kepulangan beliau…

seketika kemudian pintu diketuk bersama salam….

*tok! *tok! *tok! Assalamualaikum…..

“waalaikumsalam, sat,sat….!”

terdengar sayup-sayup suara dari luar…

“bawang-bawang….”

aku bergegas masuk bilik pakai sweater ada hud tutup kepala… berjalan menuju ke pintu dan bukak… taraaaaaaaaaaaa abg comey tengah kelas barang-barang yang dia beli…..hehehe tak nak kaco aku senyap jaaa kat pintu tengok abg comey…

dah selesai dia pun berkalih…

“eh jap ex…”

beliau pun serah kan helmet dan bawang yang beliau beli….lalu aku pun bertanya

“berapa nie?” >merujuk kepada bawang…<

beliau dengan muka comey nya…

“eh takpe2….”

aku serba salah…

“jangan laaa macam tuh…berapa nie?”

beliau dengan senyum nya…

“ermmmm entah! berapa entah…!”

jadi aku pun….

“TERIMA KASIH YER…!!”

aku pun tutup pintu, sebab tak nak lama-lama kat situ…. segan… aku pun letak helmet, ambik bawang… laaaaaaaaaaaa sengal tol beliau itu… konon tak tau harga berapa bawang tersebut…. beliau pandang jer tanda harga tadi…. terserlah RM1.80 di situ…

Jadi aku pun wat laa kesimpulan bahawa beliau seorang lelaki nak tunjuk laaa dia gentleman, (gentleman belanja bawang) hahahaha apa-apa pun terima kasih abg comey, saya dapat wat nasi goreng pagi nie…hehehe…. nanti bila-bila masa saya belanja abg comey pulak yer… belanja benda lain laaa kot, bukan bawang…hahahaha

p/s: ini abg jiran depan rumah… boleh nak tego-tego pun pas ter-melatah di hadapan beliau…Last word from me Hidup Mau CooL…