Monday, 28 May 2012

AKU NAK SUMPAH BOLEH TAK??

saat nie aku rasa macam nak sumpah-sumpah jaaa sorang manusia, yang dah tua, dah beranak pinak pun, berkerjaya kerajaan, ada hati nak meniaga tapi tak jujur! hati busuk! selalu buruk sangka kat orang! selalu cita buruk sal orang! selalu tak puas hati dengan orang..!! aaaargggghhhhhhhhhhhhhh!!!!!!! apasal  wujud manusia perangai macam kau kat atas muka bumi nie??? warning bukan aku nak salahkan yang Maha Pencipta, tapi aku nak salah kan nape laaa kau tak pakai akal yg ALLAH dah kasi kat kau? nape laaa kau tak nampak bagaimana ALLAH uji kau?? nape laaa kau tak nah nak ambik iktibar dengan apa yang ALLAH dah tunjukkan kat kau?? kalau dengan perangai kau macam nie...kau asa kau boleh maju kerrr?????

kau guna orang kaw-kaw punya pastuh tak de pun secebis rasa terhutang budi, kasihan... kau dah tak de hati ker??? nikmat hati pun kena tarik juga kaa?? mata hati kau dah terhakis kaa?? sakit hati aku asa... aku pantang tol kalau  aku dah baik-baik orang wat taik ngan aku...aku paham kau makcik!! aku hormat kau sebab kau MAKCIK!! kau paham tak??

dan aku kat sini maki-maki makcik nie yg takkan baca pun...aku banyak bersabar dengan kau... aku kerja sungguh-sungguh sebab tak de sapa nak keja dengan kau makcik!! kau paham dak?? lepas aku cakap ngan mak aku... aku dah redha daaa ngan byaran tuh...sebab kau dah cakap tuh BAKI GAJI...okeh fine.... bila aku minta bayaq benda yang kau sewa dengan aku... kenapa jumlah nya sama???? siot patotnya lebih laaa kalau dah itu hanya baki gaji....!! 

masalah nya skank nampak benor nipunya dulu aku hanya cakap sal baki gaji, sal sewa laptop ngan komik yg kau kena ganti sebab anak kau ambik...ehh bukan ambik tapi CURI..!! dulu kau cakap suma RM197 (termasuk baki gaji dan bayaran sewa) bila aku antaq mesej lagi arinie tambah satu lagi sewa motor, suami kau selalu pakai jempot anak-anak (suami anda sendiri yg menggunakan istilah sewa moto, konon wat sedap ati aaar.. sewa bermaksud kena bayar okeh) punnnn RM197 juga... ayoooooyai.... bagaimanakah ini  wahai makcik?? 

sy nak jer gi kedai face to face... tunggu gak makcik kasi peluang..selalu bayaq direct..tetiba nak bank in plak laaa kan...ayooooyai..sy kat sini lagi laaaa...kang aku gi jaa tanpa di undang sia-sia lak duit pun tak de...haaaaish aku hangin tol laaaa...!! 

seriusly pas apa dah jadi kau tak takot kaaa balasan ALLAH?? aku tak paham org mcm kau nie...


Wednesday, 23 May 2012

Rindu aku tidak kesampaian

ASSALAMUALAIKUM

salam sejahtera kepada muslimin dan muslimat

aku baru saja pulang dari kem Islamic anjuran Kelab DAMAI dari U aku...berlangsung 3 hari tapi bermalam di Matang Family Park 1 malam dan malam sebelumnya hanya wat aktiviti kat U aku jaaa... tema kem nie

SECEBIS CINTA BUATMU RASULULLAH

malam pertama just ada taaruf...sesi berkenalan... antara peserta dan fasilitator dan AJK...main game cket...wat bendera dan pilih ketua kumpulan...

keesokan harinya.... kami semua bertolak ke Matang Family Park, camping kat situ... camping kat tepi sungai...tempat sama aku picnic aritu...seronok...! dah siap setting semua benda...kami pun mulakan aktiviti kat satu platform kat atas...

banyak aktiviti di jalankan... macam biasa laaa setiap aktiviti ada point2 atau maksud yang depa nak sampaikan... macam jaga hubungan ngan ibu bapa, adek abang kakak, kawan-kawan dan sebagainya... yang paling penting hubungan antara kita dan Pencipta kita ALLAH Maha Esa dan Rasulullah...

actually aku tak tau apa nak tulis... sebab aku macam bluuuur sepanjang program tuh...antara faktor ke-blurrr-an aku adalah bila aku berada dalam kalangan orang-orang yang solehah... macam bertudung labuh, berstokin dan sebagainya... aku terasa sangat kekok...! aku memang tak de latar belakang sekolah agama.. ilmu pun memang laaaa sedikit sangat... niat aku join kem tuh sebab nak belajar, nak amati rasa cinta pada Rasulullah...tapi bila aku dah pi...macam benda tuh tak sampai....

sepatut nya bila kita join benda-benda macam nie...habis kurang ada rasa gak aaar terinsaf, sayu, rindu kan Rasulullah...tapi perasaaan tuh tak sampai kat aku... balik tuh aku rasa terok nya aku... nape aku kering sangat nie... entah laaa aku rasa something wrong program nie... aku nak cakap..! nak komen masa last day...tapi tak pandai nak cakap camana...tak tau nak susun ayat...aku memang bukan jenis yang pandai berkata-kata...sepanjang program aku rasa rendah diri sangat... memang aku tak tau dalil untuk certain peristiwa, aku tak ingat peristiwa yang pernah berlaku dalam zaman Rasulullah... bila semua cakap, bercerita macam waaaaah hebat nya hampa...wooooow aku sampai rasa nape aku boleh ada kat sini nie..???


program nie tak terok...hampa jangan anggap program nie terok kaa apa... masalah nya kat aku sendiri...aku tak ley nak selami setiap LDK tuh.. aku tak rasa apa.. aku feelingless... lagi-lagi time malam bila depa wat ala-ala tocher aku jadi nak marah...aku jadi geram... perasaan sayu tuh tak sampai..sebab budak yang handle slot tuh keep shouting... macam marah-marah...memang betol point dia... kalau amanah sebiji belon tuh pun tak bole nak jaga...macam mana nak jaga amanah yang Rasulullah tinggalkan, Al-Quran dan Sunnah...benda besaq sangat2... ada puak yang menghina Quran koyak, pijak...mcm mana kita jaga... amanah tuh..bukan benda main-main...

aku tau aku paham...tapi cara dia tak sesuai macam tuh... Rasulullah pun nak sampaikan dakwah tak de nak tinggi-tinggi suara macam tuh... aku asa tak tenang..nak faham point dia pun susah...sebab aku asa nak marah balik jaaa kat dia...semua manusia wat salah... yang nak pi kem tuh orang-orang nak muhasabah diri.... nak belajar... dah kena macam tuh langsung daaah aku tak asa pa per...sabaq je laaa...

aku bawu bajet nak cerita apa aku wat kat sana... tapi bila aku bukak nak tulis aku jadi blank.. dah lama aku taram entry nie.. tak publish2 pon...

sepanjang program benda yang paling aku ingat,

Rasulullah ada 4 sifat wajib..
1. Amanah
2. Fattanah-bijaksana
3.Tabliq - menyampaikan
4. siddiq- bercakap benar


pastu pada hari yg sama dan masa yg sama, antara 5 tempat mana yang kena pilih untuk pi...

1. hari perpisahan pensyarah dan anda adalah ketua
2. Perkahwinan Abang
3. Disucussion Asignment.
4. Sahabat baik Accident dan masuk ICU
5. Mesyuarat antara AJK untuk laksankan program Forum Perdana...

kita kena bijak pilih tempat mengikut keutamaan, sebagai contoh dekat sini keluarga paling penting dari semua, jadi kita kena utamakan keluarga dahulu pastuh tengok yang mana kalau kita tak da akan menyebabkan kecelaruan atau huru hara... tapi aku aritu pilih num 4... sebab aku tak de abg..hahahaha

tengok tuuh jaaa yg aku dapat... susah tol...tak patot kan aku nie... so tu je laaa aku nak cita... sori laaa aku teringin nak cakap depan2...tapi kalau aku cakap direct nanti jadi salah faham lak..sebab aku nie gaya cakap mcm kaf, lam, ya, nga (sebut macam huruf jawi, sambungkan )....

okeh last word from me Hidup Mau CooL

Ya ALLAH lembutkan hati hamba yaALLAH...jangan biarkan hamba tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi juga bukan dalam golongan yang melupakan jasa Rasulullah dan sekian Rasul Mu Ya ALLAH...


Wednesday, 16 May 2012

Lelaki Idaman Tidak Perlu Prince Charming

ASSALAMUALAIKUM

kelas hari Rabu aku ada satu jaaa... jam 8am sampai 9am jaaa..sejam jaaa dan kemudian aku dah tak de kelas...sebab dah nak final..kebanyakkan kelas pun dah habis...so sementara tunggu kawan aku habis kelas aku lepak Lab Com dulu... sekarang lab com nie dah ley bukak FB..dulu tak ley wey...dia blok habeh semua komputer.... 

jadinya aku pun bukak FB aku...tengok kawan aku share something yg menarik...

Check it out...!!

21 Ciri Lelaki Layak Dijadikan Suami

Spesifikasi calon suami yang bolehlah dibuat suami:-

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu – UAI)

17. Pandai masak sekurang-kurangnya masak nasi dan goreng telur, ayam, ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll. Kalau dia tak sempat nak masak sekalipun, dia takkan makan kat McD atau tempat-tempat makan yang pelik-pelik nama dia menu yang mahal-mahal sebab dia tahu keje dia gaji tak banyak. Makan nasi lemak kat gerai lagi ok pe.

18. Rajin. Ringan tangan tolong isteri. Kadang2 tolong kemas rumah, sapu sampah, sidai kain, memasak. Tapi janganlah poyo sangat sampai kawan-kawan isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur untuk raikan tetamu.

19. Jenis pembersih gak la. Masa muda-muda dia tak de la jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan tu jaga. Kena bersih sebab hari-hari nak ngadap Allah, bukan nk wangi depan manusia je.

20. Sehari sekali ingatkan bini dan anak-anak tentang kematian dan amalan agama. “Sayang, tengok jam tu. Ha, bila kita tengok jam.. Ingatlah detik kematian tu makin hampir.”

21. Dia sentiasa nak berubah bersama-sama isteri dan anak-anak dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari.

Akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut permintaan pasaran.
Originally by : Syabab Musafir Kasih

so as you can see... Mr Syabab Musafir Kasih nie memang seorang penulis yang sempoi...dia banyak berdakwah melalui lukisan...lukisan dia pun lawa-lawa, kacak-kacak...macam dia juga,,,waaaaaai hehehehe tak de laaa saje gurau-gurau gedik... aku sangat setuju dengan ciri-ciri nie..kalau nak cari Mr.Perfect alamat nya andartu bai...

Cukup Bersyukur dengan Yang Sepadan Dengan Kita... Dan Mampu Membimbing Kita Menjadi Wanita Syurga...

macam lagu lafaz sakinah by fareast kot...

so last Word From Me Hidup Mau CooL...

Monday, 14 May 2012

ASSALAMUALAIKUM

cuma nak kongsi...aku layan lagu nie skank....


Ku ukir indah namamu by 7pelangi

Thursday, 10 May 2012

Ini perasaan saya...

Assalamualaikum

sebenarnya nak cakap yang.........

saya terlampau suka...

Bila nampak nama awk di mana-mana

Bila saya nampak kelibat awk kat mana-mana

Bila saya tidur mimpi kan awk

saya nervous sangat

Bila awk hanya 5meter dari saya

Bila awk pandang saya

Bila kita berselisih

saya rasa macam nak pengsan

Bila awk senyum kat saya

Bila awk cakap dengan saya

Bila awk anta SMS kat saya

saya rasa tak suka sangat.....

Bila Si gadis tunjuk ala-ala minat kat awk

Bila Si gadis excited nampak awk

Bila Si gadis berangan nak buat awk jadi miliknya

saya rasa cemburu sangat...

Bila Si gadis komen awk pun balas dengan girangnya

Bila awk dan Si gadis saling ber-komen dengan nada mesra

Bila awk hanya lebih memberi perhatian kepada Si gadis

saya rasa touching sangat....

Bila saya komen pa pew awk tak balas komen saya

Bila saya "salam" dekat chatbox awk jawab salam dan terus senyap

Bila saya nak cuba berbual awk pun senyap

saya rasa sedih sangat....

Bila saya dah jumpa awk saya tak mampu nak wat pa pe

Bila awk macam tak pasan kehadiran saya

Bila pandangan awk pada saya hanya seorang gadis asing

saya sedar sangat....

kita berbeza

awk lain dan saya lain

awk baik sangat, saya jahat sangat

saya redha sangat....

awk tak ingat kat saya

awk tak perasan saya

awk berjodoh dengan Gadis lain

tiada jodoh antara kita

saya harap sangat....

Gadis itu ada iras-iras nama saya, bila kat kad kahwin akan tulis nama awk kat penjuru atas part of nama saya kat penjuru bawah

saya ada anak lelaki (dah ada nama sempena nama awk)

ALLAH temukan saya dengan insan yang ada akhlak sama dengan awk

Si dia sepadan dengan saya...

dan terakhir saya akan sentiasa doakan awk bahagia, berjaya di dunia dan akhirat

AMINNNN