Wednesday, 16 May 2012

Lelaki Idaman Tidak Perlu Prince Charming

ASSALAMUALAIKUM

kelas hari Rabu aku ada satu jaaa... jam 8am sampai 9am jaaa..sejam jaaa dan kemudian aku dah tak de kelas...sebab dah nak final..kebanyakkan kelas pun dah habis...so sementara tunggu kawan aku habis kelas aku lepak Lab Com dulu... sekarang lab com nie dah ley bukak FB..dulu tak ley wey...dia blok habeh semua komputer.... 

jadinya aku pun bukak FB aku...tengok kawan aku share something yg menarik...

Check it out...!!

21 Ciri Lelaki Layak Dijadikan Suami

Spesifikasi calon suami yang bolehlah dibuat suami:-

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu – UAI)

17. Pandai masak sekurang-kurangnya masak nasi dan goreng telur, ayam, ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll. Kalau dia tak sempat nak masak sekalipun, dia takkan makan kat McD atau tempat-tempat makan yang pelik-pelik nama dia menu yang mahal-mahal sebab dia tahu keje dia gaji tak banyak. Makan nasi lemak kat gerai lagi ok pe.

18. Rajin. Ringan tangan tolong isteri. Kadang2 tolong kemas rumah, sapu sampah, sidai kain, memasak. Tapi janganlah poyo sangat sampai kawan-kawan isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur untuk raikan tetamu.

19. Jenis pembersih gak la. Masa muda-muda dia tak de la jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan tu jaga. Kena bersih sebab hari-hari nak ngadap Allah, bukan nk wangi depan manusia je.

20. Sehari sekali ingatkan bini dan anak-anak tentang kematian dan amalan agama. “Sayang, tengok jam tu. Ha, bila kita tengok jam.. Ingatlah detik kematian tu makin hampir.”

21. Dia sentiasa nak berubah bersama-sama isteri dan anak-anak dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari.

Akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut permintaan pasaran.
Originally by : Syabab Musafir Kasih

so as you can see... Mr Syabab Musafir Kasih nie memang seorang penulis yang sempoi...dia banyak berdakwah melalui lukisan...lukisan dia pun lawa-lawa, kacak-kacak...macam dia juga,,,waaaaaai hehehehe tak de laaa saje gurau-gurau gedik... aku sangat setuju dengan ciri-ciri nie..kalau nak cari Mr.Perfect alamat nya andartu bai...

Cukup Bersyukur dengan Yang Sepadan Dengan Kita... Dan Mampu Membimbing Kita Menjadi Wanita Syurga...

macam lagu lafaz sakinah by fareast kot...

so last Word From Me Hidup Mau CooL...

Monday, 14 May 2012

ASSALAMUALAIKUM

cuma nak kongsi...aku layan lagu nie skank....


Ku ukir indah namamu by 7pelangi

Thursday, 10 May 2012

Ini perasaan saya...

Assalamualaikum

sebenarnya nak cakap yang.........

saya terlampau suka...

Bila nampak nama awk di mana-mana

Bila saya nampak kelibat awk kat mana-mana

Bila saya tidur mimpi kan awk

saya nervous sangat

Bila awk hanya 5meter dari saya

Bila awk pandang saya

Bila kita berselisih

saya rasa macam nak pengsan

Bila awk senyum kat saya

Bila awk cakap dengan saya

Bila awk anta SMS kat saya

saya rasa tak suka sangat.....

Bila Si gadis tunjuk ala-ala minat kat awk

Bila Si gadis excited nampak awk

Bila Si gadis berangan nak buat awk jadi miliknya

saya rasa cemburu sangat...

Bila Si gadis komen awk pun balas dengan girangnya

Bila awk dan Si gadis saling ber-komen dengan nada mesra

Bila awk hanya lebih memberi perhatian kepada Si gadis

saya rasa touching sangat....

Bila saya komen pa pew awk tak balas komen saya

Bila saya "salam" dekat chatbox awk jawab salam dan terus senyap

Bila saya nak cuba berbual awk pun senyap

saya rasa sedih sangat....

Bila saya dah jumpa awk saya tak mampu nak wat pa pe

Bila awk macam tak pasan kehadiran saya

Bila pandangan awk pada saya hanya seorang gadis asing

saya sedar sangat....

kita berbeza

awk lain dan saya lain

awk baik sangat, saya jahat sangat

saya redha sangat....

awk tak ingat kat saya

awk tak perasan saya

awk berjodoh dengan Gadis lain

tiada jodoh antara kita

saya harap sangat....

Gadis itu ada iras-iras nama saya, bila kat kad kahwin akan tulis nama awk kat penjuru atas part of nama saya kat penjuru bawah

saya ada anak lelaki (dah ada nama sempena nama awk)

ALLAH temukan saya dengan insan yang ada akhlak sama dengan awk

Si dia sepadan dengan saya...

dan terakhir saya akan sentiasa doakan awk bahagia, berjaya di dunia dan akhirat

AMINNNN








Thursday, 3 May 2012

asal usul NADROUL AFIDI

ASSALAMUALAIKUM

dalam ketika aku kebosanan di dalam lab computer di fakulti nie tetiba aku asa nak bercerita dan memberitahu asal usul nama aku....NADROUL AFIDI... sememangnya nie memang laaa bukan nama sebenar aku... dan bukan tercatat kat MyKad biru aku pun...nama sebenar aku.......urrmmmmm cari laa sendiri...hehehe

aku dah guna nama nie sejak aku di tingkatan 5 lagi

(flashback)

pada suatu hari ketika aku lepak bersama-sama rakan bilik aku dalam bilik (dekat Hostel)...sambil melayan radio kecil tajaan Ayuni... aku dan rakan-rakan berbicara mengenai gabungan nama... kan selalu nya orang nak letak nama anak ada yang main-main gabung nama ngan bakal suami masing-masing  kan...? hehehe disebabkan aku tak da sapa nak gabung ngan nama aku..(cewah) jadi aku cuba main-main gabung nama ngan adik-adik aku...

Yaaaa...!!! Nadroul Afidi adalah gabungan nama antara aku dan adik-adik aku.....

Bagaimana??

daripada NADROUL AFIDI

NAD: Nadhirah

ROUL : Amirrul

AFI : Afiq

DI : Adiib

jadi disebabkan aku asa macam cool jaa nama nie...last-last semua benda aku pakai nama nie...hahahaha mak aku pun aritu kek besday dia letak nama NadrouL Afidi sebab gabung semua besday dalam satu hari...hahahaha stylo siot..!

so that's all from me Hidup Mau CooL...

Tuesday, 1 May 2012

Kerja Lapangan ke 2

ASSALAMUALAIKUM...!

Selamat Hari Pekerja ^_^

Selamat Bercuti pada aku..hahaha student pon cuti juga...seronok..! Jadi tanpa kita lengahkan masa..aku nak citer lagi...citer masa aku wat kerja lapangan untuk subjek Taxonomy of Vascular Plants... apa bondo laaa nie kan...nie adalah salah satu subjek aku untuk sem 2 sesi 2011/2012, senang jaaa subjek nie... takyah nak pakai otak sangat...sebab apa yang anda perlu adalah meneliti characteristic pokok dan anda perlu determine pokok ini adalah dari Order mana kemudian kecil kan skop, dari Family apa...kemudian andai anda bijak lagi teruskan meneliti untuk tentukan Genus mana....

aku ada cakap tak pakai otak ka tadi??? HAHAHAHAH MENIPU! mana ada orang belajar tak pakai otak...xyah belaja namanya kalau tak pakai otak....kena pakai gak....sebab apa?? sebab nak kena menghafal istilah characteristics yang banyak gilew.... yang memeningkan dan mengelirukan...perrrrrrhhhhhhhh.....!!! banyak-banyak subjek untuk sem nie...subjek nie laaa aku paling lemah sekali....dok ingat pa peee pung... dah laaa sket-sket emo lak aku nie,...

anyway kerja lapangan ini diadakan di Kubah National Park sangat dekat dengan Matang Family Park.... 400meter ke atas berjalan kaki.... wey penat wey nak daki jalan berbukit denga beg (beg aku besa pulak)... sampai-sampai jaaa diagihkan laaa duk umah masing-masing.... umah macam mana?? umah macam nie
-
-
-
-
-
-
Tuh Rumah aku...paling hujung sekali...sejuk ooow...siang-siang pon still sejuk




selain aktiviti mencari sampel...aku pun ada tugas lain iaitu Memasak tapi part memasak aku...masak sayor je laaa... tu jer aku bole...aku ngan lagi 2 orang kawan aku yang lain masak sayor.... tolong kacau je aku nieee...hehehehe first time aku masak untuk 70 owg makan....hahahaha janji sedap...wakakaka.... tak banyak nak citer.... biarkan sahaja gambar berbicara.... a picture tell thousands of words.... cewah...spekang kau nyah....





Trail untuk ker waterfall...ambik masa 1jam 40 minit...tapi kami tak sampai waterfall sebab dah petang....nnti gelap nak patah balik....











Besaq nya pokok nie.....tak tau spesis apa...maaf....













Banyak wey anak tangga macam nie....mengah gilew aku asa...time nie dah patah balik nak balik.....














Sebelum ke trail tadi....hmpa kena jalan kaki mendaki bukit ini....sepanjang 1km kot....bila aku kata bukit seriusly bukit...mencanak naik...MENGAH LAGI!











Banyak trail....nie trail lain pulak...kalau peminat nature ley aaar lepak sini....











Kawan aku....nyemak jer...hahahaha (beranda rumah)














Dah nak balik...tangkap gamba dulu.... nie pintu masuk tempat nie.....
Okeh...thats all from me....like always Last Word From Me Hidup Mau CooL

p/s: abak nanti kita mai sini naaa....tidoq sini...3bilik, fully furnished, dapur lengkap.... ley jungle trekking hari-hari....murah jer RM150...hehehehe